• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Malaysia utus teaser tentang satu telefon 5G yang bakal masuk sebelum 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:34 pm
  • 08/12/2020
  • Komen
Realme Malaysia utus teaser tentang satu telefon 5G yang bakal masuk sebelum 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Akaun rasmi Realme Malaysia di Facebook telah memuat naik satu status tentang produk baru yang bakal hadir tak lama lagi. Ia berkemungkinan besar adalah pelancaran Realme 7 5G yang kami laporkan pelancarannya di Eropah tak lama dulu.

Jika telefon inilah yang masuki Malaysia, ia bakal jadi Realme kedua yang ada di Malaysia menyokong rangkaian 5G selepas Realme X50 Pro 5G yang sewaktu dilancarkan, berharga RM2,999. Bukan itu saja, Realme 7 5G juga mungkin produk pertama di sini yang gunakan cip MediaTek Dimensity.



Tiada tarikh khusus diumumkan tapi kalau anda perhatikan pada gambar banner Realme Malaysia, ada frasa “Stay Tuned 12.15” yang mungkin beri alamat ada sesuatu yang bakal berlaku pada 15 Disember 2020.

Di rantau Asia Tenggara, Thailand sudahpun menerima telefon ini yang dijual pada harga THB9,999 (RM1,351).



Spesifikasi Realme 7 5G

Fizikaliti Realme 7 5G tak lari daripada Realme 7 yang sudah pun berada di Malaysia. Bahagian mukanya dilengkapi paparan 6.5” FHD dengan refresh rate 120Hz.

Ia beroleh capaian 5G-nya daripada SoC Dimensity 800U.

Di UK, mereka beroleh versi RAM 8GB manakala warga Eropah beroleh versi RAM 6GB. Namun, kedua-dua versi ada storan 128GB yang boleh diperluas menggunakan slot khas.

Konfigurasi kamera Realme 7 5G sama seperti Narzo 20 Pro. Ia ada kuadkamera belakang 48MP + 8MP (ultralebar) + 2MP (makro) + 2MP (B&W). Di bahagian depan ada kamera 16MP.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Tags: Realmerealme 7 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Realme Malaysia utus teaser tentang satu telefon 5G yang bakal masuk sebelum 2021

Realme Malaysia utus teaser tentang satu telefon 5G yang bakal masuk sebelum 2021

8 December 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN