Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme 7 5G bawakan ketersambungan generasi baru pada harga mampu milik

Di United Kingdom dan Eropah, Realme telah melancarkan Realme 7 5G. Ia adalah telefon kedua mereka yang sokong rangkaian 5G selepas Realme X50 Pro 5G yang boleh anda dapati dalam pasaran Malaysia pada harga RM2,999.

Pengguna di kedua-dua pasaran tersebut boleh dapatkan Realme 7 5G masing-masing pada harga GBP 279 (RM 1,514) dan EUR 279 (RM1,355).

Melihat pada harga tersebut, kalaulah Realme 7 5G tiba di Malaysia, ia berkemungkinan besar akan jadi telefon 5G termurah di Malaysia kerana kebiasaannya harga pasaran Eropah jauh lebih tinggi berbanding pasaran kita.

Spesifikasi Realme 7 5G

Fizikaliti Realme 7 5G tak lari daripada Realme 7 yang sudah pun berada di Malaysia. Bahagian mukanya dilengkapi paparan 6.5” FHD dengan refresh rate 120Hz.

Ia beroleh capaian 5G-nya daripada SoC Dimensity 800U.

Di UK, mereka beroleh versi RAM 8GB manakala warga Eropah beroleh versi RAM 6GB. Namun, kedua-dua versi ada storan 128GB yang boleh diperluas menggunakan slot khas.

Konfigurasi kamera Realme 7 5G sama seperti Narzo 20 Pro. Ia ada kuadkamera belakang 48MP + 8MP (ultralebar) + 2MP (makro) + 2MP (B&W). Di bahagian depan ada kamera 16MP.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

BACA  Unboxing Poco M3: Raja baru telefon bajet