• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:14 pm
  • 29/04/2026
  • Komen
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sedang mencari tablet kompak pada harga mampu milik, Xiaomi kini melancarkan Redmi Pad 2 9.7. Berbanding Redmi Pad 2 yang dilancarkan tahun lalu, versi ini hadir dengan saiz lebih kecil, sambil diberikan beberapa naik taraf seperti kadar segar semula lebih tinggi dan menggunakan cip Snapdragon.

Harga dan ketersediaan

Redmi Pad 2 tersedia dalam dua varian WiFi dan 4G, dan berikut adalah harga jualannya:



  • WiFi 4GB+64GB – RM549
  • WiFi 4GB+128GB – RM599
  • 4G LTE 4GB+64GB – RM649
  • 4G LTE 4GB+128GB – RM699

Setiap pembelian disertakan sarung tablet percuma bernilai RM129 dan akses YouTube Premium selama 2 bulan.

Selain itu, dari 24 April hingga 31 Mei, pembeli berpeluang menebus Xiaomi LCD Writing Tablet 13.5″ Color Edition secara percuma. Caranya mudah, beli Redmi Pad 2 9.7 di kedai, muat naik gambar bersama tablet di Xiaohongshu, Facebook, atau Instagram, tag akaun rasmi Xiaomi dengan hashtag #XiaomiMalaysia #REDMIPad #SmallPadBigGift, kemudian tebus hadiah tersebut.



Spesifikasi Redmi Pad 2 9.7

Seperti namanya, tablet ini menggunakan skrin IPS LCD 9.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 2K (2048 x 1280) dalam nisbah 16:10, dan kecerahan puncak 600 nits.

Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 2 6nm, sedikit naik taraf berbanding MediaTek Helio G100 Ultra pada Redmi Pad 2 asal. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR4X 4GB dan storan dalaman UFS 2.2 dalam dua saiz 64GB dan 128GB. Slot kad microSD turut tersedia untuk pengembangan storan sehingga 2TB.

Walaupun bersaiz kompak, baterinya cukup besar pada 7,600mAh dengan sokongan pengecasan 18W berwayar. Xiaomi mendakwa bateri ini mampu bertahan sehingga 1.7 hari, dengan lebih 15 jam masa tontonan video berterusan.

Dari segi reka bentuk, tablet ini menggunakan badan logam unibody dengan ketebalan hanya 7.4mm, dan hadir dalam dua pilihan warna kelabu dan perak.

Untuk kamera, terdapat kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP dengan sokongan AI face unlock. Ia menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak, dilengkapi speaker stereo, jack audio 3.5mm, WiFi 5, dan Bluetooth 5.0. Model 4G LTE pula turut menyokong sambungan data mudah alih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi Pad 2 9.7.

Tags: Redmi Pad 2 9.7xiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN