• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:20 pm
  • 28/04/2026
  • Komen
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

iQoo Malaysia mengumumkan mereka sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan dua telefon pintar baharu, iaitu iQoo Z11 5G dan iQoo Z11x 5G. Kedua-dua model ini dijangka hadir dengan reka bentuk lebih slim, bateri lebih besar, dan sistem penyejukan yang lebih canggih

Bersama-sama pengumuman ini, iQoo turut membuka tempahan awal dengan menawarkan hadiah menarik kepada pembeli awal.



Promosi tempahan awal

Tempahan awal untuk siri iQOO Z11 sudah dibuka sekarang sehingga 5 Mei 2026. Pembeli awal iQOO Z11 5G layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM516, termasuk:

  • iQOO Backpack (RM129)
  • iQOO Buds Air (RM129)
  • Waranti lanjutan 1+1 tahun (RM159)
  • Perlindungan skrin retak 1 tahun (RM99)

Bagi iQOO Z11x 5G pula, hadiah percuma termasuk:



  • iQOO Backpack (RM129)
  • Waranti lanjutan 1+1 tahun (RM159)
  • Perlindungan skrin retak 1 tahun (RM99)

Ciri-ciri siri iQoo Z11

iQooZ11 5G merupakan model lebih tinggi dalam siri ini. Dari segi reka bentuk, ia menggunakan sudut bulatan 9.13° sama seperti iQoo 15, dengan bingkai logam dan kemasan matte yang dinaik taraf untuk sentuhan yang lebih lembut berbanding generasi sebelumnya. Ia hadir dalam dua warna Glacier Blue dan Black dengan ketebalan 8.25mm dan berat sekitar 213g.

Tarikan utama Z11 5G adalah pada baterinya, iaitu Silicon BlueVolt 9,020mAh yang menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat, dan dikatakan antara kapasiti terbesar dalam mana-mana peranti iQoo setakat ini. Ia menyokong pengecasan pantas 90W FlashCharge dengan Bypass Charging untuk mengurangkan haba semasa gaming.

Dari segi penyejukan, Z11 5G menggunakan sistem Icecore berkeluasan 7,000mm² dengan jumlah kawasan penyejukan keseluruhan 18,000mm², merangkumi kawasan cip, kamera, dan bateri. Smart Temperature Control System yang dinaik taraf turut disertakan, dengan iQoo mendakwa ia mampu mengurangkan haba permukaan sehingga 1.6°C selepas sejam gaming.

Walaupun spesifikasi penuh belum didedahkan secara rasmi, berdasarkan model yang sudah dilancarkan di China bulan lepas, iQOO Z11 5G dijangka hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8500, skrin AMOLED 6.83 inci FHD+ 165Hz, kamera utama 50MP, kamera depth 2MP, kamera hadapan 16MP, serta penarafan kalis air dan habuk IP68 dan IP69.

iQoo Z11x

iQoo Z11x 5G pula merupakan pilihan yang lebih ringkas dalam siri ini, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7400-Turbo. Ia hadir dengan bateri 7,200mAh, pengecasan 44W FlashCharge, Bypass Charging, dan penarafan kalis air dan habuk IP68 dan IP69.

Berdasarkan model yang dilancarkan di China, ia dijangka menggunakan skrin IPS LCD 6.76 inci 120Hz, dengan kamera utama 50MP, kamera depth 2MP, dan kamera selfie 32MP.

Buat masa ini, iQoo masih belum berkongsikan tarikh pelancaran rasmi untuk iQoo Z11 dan iQoo Z11X, selain daripada menyatakan ia akan tiba tidak lama lagi. Berdasarkan tempoh pratempahan yang berakhir pada 5 Mei, kemungkinan besar pelancaran rasmi akan berlangsung sekitar awal Mei. Untuk maklumat lanjut, nantiikan pengumuman rasmi dari iQoo Malaysia..

Tags: iQooiQoo Z11iQoo Z11xvivovivo Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021
Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

24 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN