• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Video ini sahkan rupa Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra

  • OLEH Najib
  • 7:03 pm
  • 09/12/2020
  • Komen
Video ini sahkan rupa Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dikhabarkan akan melancarkan siri Galaxy S terbaru pada bulan Januari 2021, bermakna dalam masa sebulan dari sekarang. Maka tidak hairanlah semakin banyak berita terbocor timbul di alam maya.

Berita terbocor kali ini datang dalam bentuk video. Ia menunjukkan video promosi untuk tiga model di dalam siri Galaxy S21 iaitu: Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.



Ketiga-tiga model telefon di dalam video ini menampilkan warna ungu, pastinya menjadi warna tema untuk siri Galaxy S21 nanti. Seperti di Galaxy Note 20 sebelum ini, warna temanya adalah gangsa.

pic.twitter.com/pjkT7krNLv

— Max Weinbach (@MaxWinebach) December 8, 2020

Walaupun tidak nampak seluruh badan, beberapa perkara penting boleh diketahui dari video ni. Untuk kamera belakang, kelihatan seperti tiada perbezaan antara Galaxy S21 dan Galaxy S21+. Kedua-duanya ada tiga kamera belakang, serta LED Flash di tepi.



pic.twitter.com/TvnFyFgzMA

— Max Weinbach (@MaxWinebach) December 8, 2020

Berbeza pula di Galaxy S21 Ultra, kelihatan lima lubang kamera ada di belakangnya. Satu perkara ketara dilihat pada kamera ini adalah adanya kamera periskop di bahagian bawah. Ini kerana telah sedia diketahui bahawa kamera periskop mempunyai lensa petak, bukan bulat.

  • Galaxy S21 dan S21+
  • Galaxy S21 Ultra

Tetapi kamera hadapan untuk ketiga-tiga model dilihat sama. Hanya satu kamera hadapan, di dalam lubang di tengah atas skrin. Ini menunjukkan Samsung menggunakan cara yang sama seperti model sebelum ini, siri Note 20 dan siri S20. Masih belum bersedia dengan teknologi kamera di bawah skrin.

Dikhabarkan, Galaxy S21 dan Galaxy S21+ akan memiliki kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 64MP. Manakala Galaxy S21 Ultra, ia ada kamera utam 108MP, kamera telefoto 10MP dengan zum 10x, kamera ultra lebar dan kamera telefoto 12MP dengan zum 3x.

Jika rekaan ini benar, nampaknya Galaxy S21 akan tampil dengan rupa kamera belakang yang berbeza dari sebelumnya. Malah, jika modul kamera itu diperbuat dari bahan selain kaca, pastinya ia lebih tahan lasak.

Adakah rekaan kamera belakang ini menepati citarasa anda?

[Sumber: XDA, @MaxWinebach]

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Video ini sahkan rupa Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra

Video ini sahkan rupa Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra

9 December 2020
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN