• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jenama telefon ini kuasai 9 daripada 10 carian teratas google 2020, biar betul?!

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:35 pm
  • 10/12/2020
  • Komen
Tahukah anda apakah carian tertinggi rakyat Malaysia untuk tahun 2019?
Share on FacebookShare on Twitter

2020 merupakan tahun yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Masyarakat menjadi lebih tertumpu kepada dunia digital dan mempunyai banyak masa untuk mencari sesuatu di Google. Hal ini kerana individu lebih banyak meluangkan waktu dirumah.

Oleh itu, bagi melihat perkara yang dicari oleh pengguna sepanjang tahun ini, Google telah mengumpul carian tersebut dan bahagikannya kepada 9 kategori. Berikut merupakan kategori-kategorinya.



1. Resipi makanan

Dalgona Coffee mendahului senarai dalam kategori resipi. Minuman ini pernah menjadi sebuah fenomena pada satu ketika dahulu. Kerana ianya baharu di Malaysia, maka ramai yang mencari maklumat tentang resipinya.

Populariti minuman tersebut secara tidak langsung mencetuskan idea Dalgona Milo. Carian resipi Dalgona Milo berada pada tangga kedua.



Dalgona Coffee. Sumber: Siraplimau

Lebih banyak masa di rumah meningkatkan keinginan seseorang untuk mencuba resipi kek viral seperti Biscoff Cheesecake. Kek ini boleh dihasilkan tanpa perlu dibakar. Proses pembuatannya yang mudah membuatkan ramai orang mencari resipinya di Google. Ini secara tidak langsung membuatkan Biscof Cheesecake berada ditangga ke tiga bagi kategori resepi.

2. Bantuan kewangan

Bantuan Prihatin Nasional dibawah pakej rangsangan ekonomi, PRIHATIN muncul sebagai carian terhangat di dalam kategori ini. BPN adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan. Ia diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40 yang layak. Carian ini akan membawan pengguna Google kepada cara membuat semakan BPN dan permohonan baharu BPN.

Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diterajui kerajaan sebelum ini menduduki tangga kedua. Ianya merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat pada 20 Januari awal tahun ini. Carian ini memudahkan rakyat untuk mengetahui syarat kelayakan dan tarikh kemasukan wang bantuan tersebut.

Bagi yang ketiga ialah KWSP i-Lestari, iaitu pengeluaran bulanan RM500 untuk ahli KWSP yang layak. Salah satu tujuannya ialah untuk membantu pekerja yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19. Ekoran ramai diberhentikan dan diberikan cuti tanpa gaji pada, maka ramailah yang ingin mengetahui tentang peluang yang diberikan oleh kerajaan ini melalui Google.

3. Covid-19

Dalam carta ini, Coronavirus menjadi carian yang pertama oleh rakyat Malaysia. Carian ini memaparkan isu dan berita mengenai Covid-19 diseluruh dunia. Bagi terus dikemas kini dengan maklumat terkini, sudah tentu ramai yang melakukan carian Covid-19 dari masa ke semasa.

Carian Covid-19 Malaysia pula berada di tangga kedua. Ia memaparkan kemaskini berita Covid-19 di dalam Malaysia. Carian tersebut juga membawa individu kepada maklumat jumlah kes harian dan isu mengenainya.

Carian tersebut diikuti dengan carian Thank you coronavirus helpers yang berada di tempat ketiga. Ia merupakan penghormatan kepada barisan hadapan. Selain itu, Google juga menyediakan doodle untuk penghormatan tersebut.

4. Gajet

Realme 6 Pro reviews mendapat carian yang tertinggi dalam kategori ini. Tidak dinafikan peranti ini mempunyai corak yang unik iaitu rekaan flash dibelakangnya. Sudah tentu, hal ini membuatkan ramai yang ingin memilikinya.

Realme 6 Pro

Ia diikuti carian peranti Realme X3 60x. Model ini dilancarkan pada bulan Mei lalu dan mengfokuskan kepada kemampuan zoom sehingga 60 kali ganda.

Senarai carian tertinggi untuk gajet tahun ini menunjukkan bahawa carian untuk peranti Realme memonopoli hampir 10 carian teratas. Namun, Iphone 12 tidak ketinggalan dari memasuki carta dan ia berada pada tangga ke 5. Pasti ramai pencinta Iphone tertanya-tanya tarikh kemasukan peranti ini di Malaysia dan spesifikasinya.

5. Hiburan

Carian tertinggi dalam kategori hiburan ialah drama TV, Forensic Heroes IV. Drama ini sudah bersama dengan penontonnya sebanyak 3 musim. Drama ini mengenai sekumpulan profesional dari jabatan Sains Forensik dan Patologi Forensik yang bekerjasama dengan Unit Jenayah Wilayah Kowloon Barat untuk menyelesaikan kes jenayah.

Selain itu, tangga kedua carta hiburan ialah carian mengenai drama 33 episod, 7 Hari Mencintaiku 2. Drama yang penuh konflik ini berjaya mencapai 12 juta jumlah penonton. Ianya juga mendapat sambutan hangat dimedia sosial apabila ramai yang bercerita tentangnya.

Manakala yang ketiga merupakan drama Korea, The World of The Married. Drama ini mengisahkan tentang suami yang curang dan isterinya berpura-pura tidak tahu mengenai kecurangan tersebut. Drama ini tidak dipaparkan di TV dan peminat drama Korea menontonnya melalui penstriman dalam talian.

6. Individu

Warga Malaysia tidak ketinggalan daripada mencari maklumat mengenai presiden AS iaitu Joe Biden. Beliau memenangi pilihanraya di Amerika Syarikat pada bulan November lalu. Kemenangannya itu dikongsikan oleh media tempatan. Justeru, hal itu membuatkan ramai yang membuat carian Joe Biden, lantas namanya berada pada kedudukan pertama carian individu.

Joe Biden. Sumber: The Star

Nama rakat Malaysia juga ada tersenarai dalam kategori ini antaranya ialah PU Riz. Berada ditangga ke 5, beliau merupakan pendakwah yang dilahirkan dari program realiti TV islamik, Pencetus Ummah. Beliau dikatakan sudah merisik artis terkemuka, Neelofa pada bulan lalu.

Carian mengenai artis wanita, Syifa Melvin berada ditangga ke sepuluh. Artis wanita ini pernah menggemparkan laman sosialnya apabila dia berkongsi gambar yang agak kontroversi. Gambar tersebut menerima kecaman hebat daripada masyarakat.

7. Sukan

Perlawanan bola sepak Liga Perdana atau English Premier League menjadi carian yang paling banyak dalam kategori sukan. Liga tersebut sudah bermula dan tidak dapat dinafikan ramai perminat liga tersebut di Malaysia.

Ia diikuti dengan sukan bola keranjang, NBA. Peminat sukan ini pasti ingin mengikuti perkembangan perlawanan yang melibatkan kumpulan kegermaran mereka. Carian NBA akan menunjukkan jadual peralwan yang akan berlangsung.

8. Peristiwa/ Berita

Rakyat Malaysia tidak ketinggalan daripada mencari maklumat tentang pilihan raya Amerika Syarikat. Ini secara tidak langsung membuatkan US Election 2020 berada pada kedudukan pertama dalam carian peristiwa/berita. Carian tersebut akan menunjukkan berita mengenai pilihan raya di Amerika Syarikat pada tahun 2020 yang melibatkan Donald Trump dan Joe Biden.

Diikuti carian berita mengenai Coronavirus sama seperti kategori Covid-19. Seterusnya carian PKPB ditangga ketiga. Carian tersebut akan membawa pengguna Google kepada berita mengenai PKPB seperti negeri yang terlibat, negeri yang sudah tamat pkpb dan SOP. ketika PKPB.

9. Carian tersohor 2020

Dalam kategori carian tersohor, penduduk Malaysia dilihat tidak terkecuali daripada demam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, ini kerana carian US Election 2020 menjadi carian nombor satu tahun ini.

Google Classroom menduduki tangga kedua. Berikutan pengeluaran arahan duduk di rumah semasa pkp, warga pelajar dan pendidik berusaha untuk mengadaptasi kepada pembelajaran secara digital. Oleh itu, carian ini akan membawa kepada perincian penggunaan Google Classroom.

Selain itu, Bantuan Prihatin Nasional menjadi carian ketiga terbanyak dalam kategori ini. Sama seperti dalam kategori kewangan, ramai yang mencari tentang BPN untuk membuat semakan kelayakan, rayuan dan pemohonan baru.

Dengan wujudnya enjin carian Google, pengguna akan lebih mudah mencari sesuatu yang dikehendaki. Maka benarlah dengan teknologi yang ada ini, segalanya dihujung jari.

[Sumber: Google]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tahukah anda apakah carian tertinggi rakyat Malaysia untuk tahun 2019?

Jenama telefon ini kuasai 9 daripada 10 carian teratas google 2020, biar betul?!

10 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER