• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Jualan Super Sale hujung tahun AirAsia, diskaun penerbangan sehingga 70%

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:55 pm
  • 14/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena penghujung tahun 2020, AirAsia melancarkan jualan Super Sale edisi Krismas dengan tawaran menakjubkan dan diskaun sehingga 70%. Tawaran ini boleh dinikmati jika anda menempah penerbangan, hotel, makanan, barangan bebas cukai dan banyak pilihan lain lagi. Tempoh jualan bermula daripada 14 Disember sehingga 20 Disember.

Antara tawaran-tawaran menarik untuk edisi ini adalah:



  1. Penerbangan: Diskaun sehingga 70% untuk penerbangan domestik bagi semua penerbangan. Penerbangan bermula dari 21 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021.
  1. Bagasi, Makanan dan Tempat Duduk: Diskaun 20% untuk bagasi, diskaun 20% untuk tempat duduk Hot Seat dan diskaun 10% untuk makanan dalam penerbangan
  1. SNAP: Diskaun sehingga 20% untuk pakej kombo penerbangan dan hotel
  1. Hotel: Diskaun sehingga 60% dan boleh mendapat 5 kali ganda mata ganjaran BIG
  1. AirAsia Food: Diskaun sehingga 50% untuk peniaga terpilih di Lembah Klang.
  1. AirAsia Health: Diskaun sehingga 25% untuk ujian RT-PCR (COVID-19) dan pakej pemeriksaan kesihatan.
  1. Wifi: Diskaun 50% untuk pelan internet 50MB dengan bayaran RM19 sahaja. Pelan ini bermula dari 14 Disember 2020 ,jam 10 pagi sehingga 20 Disember 2020, jam 11:59 malam. Untuk dapatkannya, anda boleh klik di sini.
  1. AirAsia fresh: Diskaun sehingga 50% bagi item yang terpilih. Banyak item yang sedang melalui potongan harga seperti makanan laut dan coklat.
  1. AirAsia shop: Anda boleh menikmati diskaun sehingga 72% dengan membeli item yang disediakan daripada pelbagai kategori seperti barang mainan dan alat elektronik.

AirAsia juga bekerjasama dengan Visa bagi menawarkan diskaun tambahan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100 bagi pemegang kad Visa. Diskaun ini boleh diperolehi melalui pembelian penerbangan, SNAP, dan hotel.

Pelanggan yang membeli menggunakan kad kredit AirAsia Hong Leong berpeluang menerima tiga kali mata ganjaran BIG dalam promosi ini.



Jualan Super Sale ini berlangsung di aplikasi AirAsia dan di laman sesawang rasmi Airasia.

Untuk berita terkini, aktiviti dan maklumat mengenai promosi jualan Super Sale, anda boleh ikuti laman sosial rasmi AirAsia di Twitter, Facebook dan Instagram.

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025

Jualan Super Sale hujung tahun AirAsia, diskaun penerbangan sehingga 70%

14 December 2020
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER