• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kemaskini iOS 14.3 dan iPadOS 14.3 sedia dimuat turun hari ini

  • OLEH Najib
  • 4:20 pm
  • 15/12/2020
  • Komen
Kemaskini iOS 14.3 dan iPadOS 14.3 sedia dimuat turun hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna iPhone dan iPad hari ini boleh memuat turun kemaskini terbaru yang dilepaskan Apple, iOS 14.3 dan iPadOS 14.3. Ia memberikan beberapa ciri-ciri baru termasuk sokongan perkakas dan perkhidmatan baru dari Apple, seperti fon kepala AirPods Max dan Apple Fitness+.

Salah satu ciri yang dinantikan adalah sokongan kamera ProRaw untuk iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Cara-cara untuk menggunakan Pro Raw ada kami terangkan di sini.



Selain sokongan fungsi baru, kemaskini iOS 14.3 ini juga membaiki dan menyelesaikan masalah yang terdapat pada sistem operasi sebelum ini. Antaranya notis Message tidak diterima, beberapa video tidak muncul apabila dikongsi, serta folder App tidak boleh dibuka.

Ada juga pengguna sebelum ini melaporkan masalah untuk mengecas secara wayarles, di mana ia tidak dapat dikesan. Malah, ada juga pengguna pengecas MagSafe Duo menyatakan, iPhone mereka mengecas pada kuasa kurang dari yang sepatutnya. Menurut Apple, semua masalah ini telah dibaiki di dalam iOS 14.3.



Pengecas Magsafe Duo

Fungsi baru Fitness+ adalah satu perkhidmatan kecergasan yang perlu dilanggan. Buat masa ini, ia hanya terdapat di Australia, Kanda, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat sahaja. Aplikasi ini menyediakan bantuan dan sokongan untuk pengguna bersenam.

AirPods Max pula adalah fon kepala baru Apple. Di dalam kemaskini baru ini, ia memberikan iPhone lebih banyak kawalan serta menyokong kualiti tinggi audio. Pengguna boleh mengawal tetapan seperti EQ, pembatal bunyi hingar, mod telus serta audio spatial.

Untuk gambar, selain sokongan ProRaw, iOS 14.3 membawakan sokongan merakam video 25fps, serta gambar terbalik untuk kamera hadapan bagi iPhone 6s sehingga iPhone X.

Lain-lain perkara baru mengenai iOS 14.3 boleh disemak di dalam senarai di bawah ini. Manakala kemaskini keselamatan yang datang bersamanya boleh dirujuk di sini.

[Sumber: XDA]

Bacaan Berkaitan

Fungsi Apple ProRaw tiba ke iPhone 12 Pro & iPhone 12 Pro Max, menerusi kemaskini iOS 14.3
AirPods Max: Apa yang ada pada headfon RM2,399 ini?
Tags: appleApple iOS 14.3Apple iPadOS 14.3
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Kemaskini iOS 14.3 dan iPadOS 14.3 sedia dimuat turun hari ini

Kemaskini iOS 14.3 dan iPadOS 14.3 sedia dimuat turun hari ini

15 December 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER