• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 3.4 adalah telefon mampu milik yang bersedia naiktaraf Android 11

  • OLEH Najib
  • 4:45 pm
  • 16/12/2020
  • Komen
Nokia 3.4 adalah telefon mampu milik yang bersedia naiktaraf Android 11
Share on FacebookShare on Twitter

Nokia Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, Nokia 3.4. Ia adalah telefon pintar berharga di bawah RM600 dan sedia menerima kemaskini Android 11 tidak lama lagi.

Telefon pintar Nokia 3.4 telah mula dijual di Malaysia dan boleh didapati dari pengedar sah Nokia, Stor Online Macpie, serta di Lazada dan Shopee. Buat masa ini, hanya satu warna disediakan iaitu arang kelabu dan dijual pada harga RM 599 sahaja.



Seperti biasa, Nokia menjanjikan kemaskini sistem operasi Android selama 2 tahun dan kemaskini keselamatan selama 3 tahun untuk semua peranti. Nokia 3.4 datang siap dengan Android 10 dan akan sedia untuk dinaik taraf ke Android 11 apabila tersedia. Ia juga ada butang fizikal khas, untuk memanggil Google Assistant dengan pantas.

Kuasa pemproses Nokia 3.4 digerakkan oleh cip Snapdragon 460, bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Boleh dikatakan kecil untuk harga ini. Ia menerima kad mikroSD sehingga 512GB untuk storan tambahan.



Skrinnya berukuran 6.39-inci, dengan resolusi HD 720p sahaja. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,000mAh, dikatakan boleh memberi tenaga sehingga 2 hari. Bateri ini dicas melalui port USB-C dengan kuasa sehingga 10W.

Telefon ini memiliki 3 kamera belakang, iaitu kamera utama 13MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera potret 2MP. Kamera ini disusun bersama LED Flash di dalam modul berbentuk bulatan, terletak di atas ruang pengimbas capjari. Kamera hadapannya pula 8MP, dimuatkan di dalam lubang di sudut atas skrin.

Maklumat lanjut mengenai telefon ini boleh didapati di laman produk Nokia 3.4.

Bacaan Berkaitan

Nokia 6300 4G & Nokia 8000 4G, dua telefon ikonik dihidupkan kembali
Nokia 2.4, harga mampu milik dengan kuasa bateri 2-hari
Nokia C2 adalah telefon pintar termurah dengan RAM kecil dan Android lama
Tags: NokiaNokia 3.4
Najib

Najib

POPULAR

Nokia 3.4 adalah telefon mampu milik yang bersedia naiktaraf Android 11

Nokia 3.4 adalah telefon mampu milik yang bersedia naiktaraf Android 11

16 December 2020
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN