• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 2.4, harga mampu milik dengan kuasa bateri 2-hari

  • OLEH Najib
  • 12:53 pm
  • 13/10/2020
  • Komen
Nokia 2.4, harga mampu milik dengan kuasa bateri 2-hari
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan telefon pintar Nokia di Malaysia kini bertambah dengan kehadiran model mampu milik terbaru, Nokia 2.4. Ia menawarkan skrin besar dan bateri berhayat panjang, bersama jaminan kemaskini Android yang lama.

Nokia 2.4 telah mula dijual di Malaysia pada 9 Oktober pada harga RM499, dalam satu warna sahaja iaitu Charcoal. Ia boleh dibeli dari pengedar sah Nokia serta kedai dalam talian Macpie dan di Shopee.



Selain itu, RedOne turut menawarkan Nokia 2.4 secara percuma, jika mendaftar kontrak 24 bulan bersama pelan Smart68X. Pelan ini menyediakan 20GB data, panggilan tanpa had, serta 10GB data sosial bulanan, 10GB data video bulanan dan 1GB data video 3Mbps harian. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman RedOne Smart68X.

Spesifikasi

Nokia 2.4 dikuasakan cip MediaTek Helio P22, bersama RAM 2GB, storan dalaman 32GB dan sedia menerima kad mikroSD sehingga 512GB. Baterinya sebesar 4,500mAh, menyokong pengecas 5W dan mengecas melalui mikroUSB. Ia dikatakan boleh memberi tenaga sehingga dua hari lamanya.



Skrin Nokia 2.4 berukuran 6.4-inci dengan resolusi HD 720p dan bertakuk kecil di atas. Ia ada dua kamera di belakang, iaitu kamera utama 13MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 5MP, di dalam takuk di atas skrin. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang.

Nokia 2.4 datang dengan sistem operasi Android 10 dan sedia menerima naik taraf Android 11. Mennurut Nokia, peranti mereka akan menerima kemaskini keselamatan selama 3 tahun dan kemaskini Android selama 2 tahun. Bermakna, Nokia 2.4 akan sedia menerima Android 12 kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti baru ini, layari laman web Nokia 2.4.

Tags: Nokianokia 2.4
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nokia 2.4, harga mampu milik dengan kuasa bateri 2-hari

Nokia 2.4, harga mampu milik dengan kuasa bateri 2-hari

13 October 2020
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN