• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV Pintar Realme dilengkapi Android TV, ada diskaun RM200 pada jualan hari pertama

  • OLEH Najib
  • 5:00 pm
  • 17/12/2020
  • Komen
TV Pintar Realme dilengkapi Android TV, ada diskaun RM200 pada jualan hari pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini mengumumkan bahawa TV pintar pertama mereka, Realme Smart TV akan mula dijual di Malaysia pada 22 Disember 2020. Hari pertama jualan ini diadakan bersama Hari Jenama Super Realme di Shopee.

Jualan pada hari pertama ini dibuat secara eksklusif di Stor Rasmi Realme di Shopee. Selain itu, Realme turut mengadakan promosi istimewa pada jualan hari pertama ini, iaitu diskaun sebanyak RM200. Tidak pula dinyatakan sama ada ia jualan terhad, atau untuk sepanjang hari.



Terdapat dua saiz Realme Smart TV yang akan mula dijual di Malaysia pada 22 Disember kelak. Harganya semasa promosi diskaun RM200 adalah seperti berikut:

  • Realme Smart TV 32-inci – RM899 RM699
  • Realme Smart TV 43-inci – RM1,499 RM1,299

Spesifikasi

TV pintar Realme ini menggunakan sistem operasi Android TV, bermakna pelbagai aplikasi dari Google TV Playstore boleh dipasang dan dijalankan di dalamnya. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah Netflix, YouTube, Facebook, Spotify, iflix dan banyak lagi.



Realme Smart TV 32″ memiliki skrin berukuran 80cm, dengan resolusi 1366×768. Manakala Realme Smart TV 43″ dipasang skrin 108cm dengan resolusi HD Penuh 1920 × 1080. Lain-lain perkara adalah sama antara kedua-dua TV ini.

Kuasa pemproses TV pintar ini digerakkan oleh pemproses ARM Cortex A53 4-teras, bersama GPU Mali-470 MP3 yang menyokong teknologi Chroma Boost. Ia dipadankan dengan RAM 1GB dan storan dalaman 8GB. Sistem bunyi TV ini diuruskan oleh empat pembesar suara stereo berkuasa 24W, dengan teknologi Dolby Audio.

Alat kawalan jauh dilengkapi butang khas Netflix dan YouTube, serta butang Google Assistant. Ini membolehkan kawalan dan carian dibuat menggunakan suara.

Untuk sambungan, Realme Smart TV memiliki 3 port HDMI, 2 port USB, port AV, port LAN, port Digital Audio SPDIF dan antena. Ia juga boleh bersambung ke internet secara Wifi 2.4Ghz, serta aksesori secara wayarles dengan bluetooth 5.0, serta menyokong Cast untuk memancar paparan dari telefon ke TV.

Maklumat lanjut berkenaan TV ini boleh didapati di laman produk Realme Smart TV.

[Sumber: Realme]

Bacaan Berkaitan

Tags: RealmeRealme Smart TV
Najib

Najib

POPULAR

TV Pintar Realme dilengkapi Android TV, ada diskaun RM200 pada jualan hari pertama

TV Pintar Realme dilengkapi Android TV, ada diskaun RM200 pada jualan hari pertama

17 December 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER