• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Servis feri Pulau Pinang tak “mati”, ini 3 perkara yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:18 pm
  • 17/12/2020
  • Komen
Servis feri Pulau Pinang tak “mati”, ini 3 perkara yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan feri yang jadi ikon kepada negeri Pulau Pinang akan mengalami perubahan daripada segi cara pengoperasian bermula 1 Januari 2021. Bermula tahun depan, feri-feri ini akan digantikan dengan bot laju yang hanya angkut pejalan kaki, penunggang motorsikal, dan basikal.

Ia bukanlah perubahan yang drastik, sebaliknya secara berkala antara Januari 2021 hingga Jun 2020. Sepanjang tempoh tersebut, ada tiga benda yang akan berlaku:



  1. Sebuah feri akan masih beroperasi, tapi tidak lagi mengangkut kenderaan 4 roda. Sebaliknya hanya akan angkut basikal dan motorsikal sepanjang fasa perubahan itu.
  2. Dua bot laju akan diperkenalkan untuk mengangkut penumpang, dengan Terminal Kapal Persiaran Swettenham dijadikan terminal sementara untuk turunkan penumpang dari Pengkalan Raja Tun Uda (PRTU).
  3. PRTU dan Pengkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, akan dinaik taraf.

Maka, anda tak perlu risau kalau nak cuba servis feri. Cumanya anda tak boleh bawa kereta naik kapal seperti dulu.

Sejarah feri Pulau Pinang

Servis feri Pulau Pinang telah bertukar tangan beberapa kali. Ia diperkenalkan dalam tahun 1894 oleh 4 orang adik beradik yang menubuhkan syarikat bernama Beng Brothers. Kemudian, bermula 1924, ia dikendalikan oleh kerajaan negeri di bawah Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.



Semasa penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang dalam tahun 1994, servis feri telah diserahkan kepada Penang Port Sdn. Bhd (PPSB). Kemudian, ia dipindahkan kepada Rapid Ferry Sdn. Bhd. dalam bulan Mei 2018.

Dengan bertukaran norma pengoperasian feri ini, servis feri telah dipindahkan semula kepada PPSB.

[Sumber: TheMarketEdge, 2. MalayMail, 2, Gambar Pemuka]

Tags: feriPENANGPulau Pinang
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Servis feri Pulau Pinang tak “mati”, ini 3 perkara yang perlu anda tahu

Servis feri Pulau Pinang tak “mati”, ini 3 perkara yang perlu anda tahu

17 December 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN