• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google beri pengguna cuba ribuan alat solek secara maya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:22 pm
  • 18/12/2020
  • Komen
Google beri pengguna cuba ribuan alat solek secara maya
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak dapat mencuba item yang ingin dibeli secara nyata, merupakan satu masalah apabila membeli belah secara dalam talian. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan alat kosmetik, pakaian dan apa sahaja yang memerlukan percubaan sebelum membeli.

Meskipun begitu, kini carian Google ingin membantu pengguna merasai pengalaman mencuba produk kecantikan seperti pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya melalui realiti berperantara (augmented reality, AR) sebelum membeli.



Google menunjukkan hasil kosmetik pada tona wajah berbeza

Semasa mencari apa-apa sahaja produk kosmetik untuk wajah, contohnya pembayang mata, Google akan bantu anda dengan memberikan cadangan jenama dan menunjukkan bagaimana hasil produk tersebut apabila ianya diletakkan pada kulit.

Akan ada satu paparan wajah disediakan di halaman utama. Pada paparan tersebut akan ada barisan kotak kecil dibahagian atas menyediakan beberapa wajah dengan tona kulit berbeza. Manakala dibahagian bawah pula terdapat kotak kecil dengan pilihan rona warna pembayang mata yang dijual.



Di sini, anda boleh memilih warna pembayang mata dan suaikannya dengan tona kulit yang sama seperti tona kulit anda. Ini bagi memperlihatkan kesesuaian sesuatu warna produk dengan warna kulit anda. Selain itu, anda juga boleh membandingkan setiap warna yang tersedia.

Di bawah paparan tersebut, terdapat pilihan ‘try it on‘. Fungsinya ialah untuk anda mencuba sendiri warna kosmetik tersebut pada diri anda dan memperhalusi pilihan. Maka, AR boleh dimanfaatkan untuk menerapkan warna yang berbeza pada wajah pengguna.

Apabila mencuba kosmetik tersebut dengan AR, di bawahnya tersedia butang shop, ia memudahkan anda untuk membelinya jika rasa sudah serasi dengan warna yang dicuba.

Beribu-ribu jenama tersedia untuk dicuba, ia termasuklah L’Oreal, Mac, Black Opal, dan Charlotte Tilbury.

Namun, faedah yang disediakan oleh Google ini sebenarnya hanya untuk pengguna di A.S sahaja dan ia baru dilancarkan minggu ini.

[Sumber: Google]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google beri pengguna cuba ribuan alat solek secara maya

Google beri pengguna cuba ribuan alat solek secara maya

18 December 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN