• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancong luar negara melawat tarikan di Kelantan menggunakan Zoom

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:58 pm
  • 18/12/2020
  • Komen
Pelancong luar negara melawat tarikan di Kelantan menggunakan Zoom
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam usaha mengawal penularan pandemik COVID 19 di negara ini, Malaysia terus menutup pintu sempadan negara sehingga akhir tahun bagi mengelakkan daripada pelancong asing masuk ke Malaysia. Hal ini berikutan jumlah kes yang tinggi direkodkan di negara lain dan bimbang jangkitan berlarutan.

Namun, tidak dinafikan perkara tersebut mengakibatkan banyak sektor yang terjejas termasuklah sektor pelancongan. Pusat pelancongan tidak dapat menerima pelancong asing ke tempat mereka, walhal kehadiran pelancong itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka.



Oleh itu, ada pihak mengambil inisiatif melakukan pelancongan secara maya bagi terus menerima pelancong ke lokasi mereka.

Min House Camp menggunakan aplikasi Zoom

Min House Camp, Kubang Kerian antara yang terawal mengambil inisiatif memperkenalkan pelancongan secara maya. Pengarahnya, Nur Muhammad Muhamad Zanini berkata mereka menggunakan aplikasi Zoom untuk membawa pelancong melawat sekitar Min House Camp untuk melihat aktiviti yang dijalankan.



Hanya dengan menggunakan satu peranti sahaja, pekerja di Min House Camp akan menunjukkan setiap tarikan yang ada di tempat tersebut kepada pelancong. Antaranya ialah:

  1. Melihat aktiviti mencari lokan
  2. Pertanian akuaponik
  3. Melawat galeri lebah kelulut
  4. Menonton pertunjukan wayang kulit.

Dengan bayaran berpatutan, pelancong dapat melawat Min House Camp tanpa perlu mengeluarkan wang lebih banyak untuk pengangkutan, penginapan dan sebagainya. Pelancong bukan sahaja dapat mendengar penerangan yang diberikan, malah dapat berinteraksi dengan pekerjanya juga untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Inisiatif yang dilakukan ini mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pelancong luar negara.

Ia boleh dijadikan contoh kepada pusat pelancongan yang lain bagi memastikan perniagaan tetap berjalan meskipun ketika pintu sempadan ditutup.

Pakej Zoom

Zoom menyediakan 4 pakej untuk berhubung secara maya. Jika anda ingin melakukan perkhidmatan melancong secara maya, anda boleh memilih antara 4 pakej yang disediakan oleh pihak Zoom. Berikut merupakan pakej yang tersedia:

Mesyuarat Peribadi (Asas) – Percuma. Panggilan video boleh disertai sehingga 100 orang dalam satu masa, tetapi ianya terhad kepada 40 minit sahaja.

Pasukan Kecil (PRO) – RM605.39 setahun / lesen. Panggilan video boleh disertai sehingga 100 orang dalam satu masa. Mesyuarat kumpulan tanpa had. Dapat penstriman media sosial. Rakaman Cloud 1 GB.

Perniagaan Kecil & Sederhana (Perniagaan) – RM807.32 setahun / lesen. Panggilan video boleh disertai sehingga 300 orang dalam satu masa. Log masuk tunggal. Memperoleh penjenamaan syarikat dan transkrip rakaman Cloud.

Mesyuarat, telefon dan berbual – RM1413.51 setahun / lesen. Panggilan video boleh disertai sehingga 300 orang dalam satu masa. Log masuk tunggal. Memperoleh penjenamaan syarikat dan transkrip rakaman Cloud. Boleh membuat panggilan telefon tanpa had.

Sekiranya berminat, anda boleh melanggannya di sini.

Baru-baru ini, Lazada juga ada mengadakan lawatan secara maya. Ianya dilakukan di Zoo Negara dan boleh disertai secara percuma oleh semua orang.

[Sumber: HMetro]

Tags: zoom
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Pelancong luar negara melawat tarikan di Kelantan menggunakan Zoom

Pelancong luar negara melawat tarikan di Kelantan menggunakan Zoom

18 December 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER