• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Saksikan pertembungan planet Musytari dan Zuhal di langit, ia berlaku setiap 2,000 tahun

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:14 pm
  • 21/12/2020
  • Komen
Saksikan pertembungan planet Musytari dan Zuhal di langit, ia berlaku setiap 2,000 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Katanya ini adalah peristiwa superjarang berlaku kerana ia berlaku setiap 2,000 tahun sahaja. Pada malam 21 Disember 2020, dua planet gergasi iaitu Musytari dan Zuhal akan berada selari antara satu sama lain jika dicerap dari bumi. Kalau anda lihat di langit, ia akan nampak seperti satu bintang yang amat cerah, secerah bintang Kejora.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) penduduk Malaysia boleh melihatnya dengan mata kasar antara mata terbenam hingga jam 09:15 malam ini. Apa yang perlu anda buat adalah melihat pada arah barat daya (menghala ke Selat Melaka) pada sudut dongak 29 darjah.



Kalau gagal untuk menemuinya, anda boleh gunakan bantuan APP seperti:

  • Sky Map (Android)
  • Stellarium (Android, iOS, web)
  • SkySafari (Android, iOS)

Untuk bantu anda mencarinya.



Penduduk di Semenanjung Malaysia akan dapati tetingkap tempoh untuk mencerap fenomena ini sangat singkat kerana sewaktu Matahari terbenam pada sekitar 7 malam, kedua-dua planet tersebut sudahpun menghampiri ufuk barat. Makanya, anda perlu pergi ke tempat yang lapang dengan jarak penglihatan kurang terbatas.

Itupun masih belum mengambil kira keadaan cuaca terutamanya di Lembah Klang yang sentiasa berawan dan hujan pada hujung tahun ini.

Penduduk di Sabah sangat beruntung kerana waktu terbenam matahari mereka lebih awal daripada kita sekitar 1 jam lebih awal. Maka, tetingkap tempoh untuk mencerap fenomena ini lebih panjang.

Kalau tak boleh juga, anda boleh sertai livestream yang diadakan beberapa persatuan peminat ilmu falak Malaysia. Mereka mendapat suapan langsung dari:

  1. Balai Cerap Albiruni, Kota Kinabalu, Sabah
  2. W Payang Beach, Lahad Datu, Sabah
  3. Balaicerap Kota Bharu, Kelantan
  4. Pusat Falak Sheikh Tahir, Balik Pulau, Pulau Pinang
Tags: angkasa
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Saksikan pertembungan planet Musytari dan Zuhal di langit, ia berlaku setiap 2,000 tahun

Saksikan pertembungan planet Musytari dan Zuhal di langit, ia berlaku setiap 2,000 tahun

21 December 2020
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER