• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter menguji ciri Spaces, ruang sembang berasaskan suara

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:25 pm
  • 23/12/2020
  • Komen
Twitter lancar semula sistem ‘Verified’ lencana biru
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila seseorang menulis di laman sosial, adakalanya emosi kepada ayat yang ditulis boleh disalah tafsir oleh pembaca.

Justeru, sebagai langkah mengatasi masalah tersebut, Twitter menghasilkan ciri Spaces dan menguji keberkesanannya baru-baru ini. Ia merupakan satu ruangan yang boleh di sertai oleh ramai orang. Dengan menggunakan ciri ini, pengguna Twitter hanya perlu berkomunikasi menggunakan audio sahaja di dalam ruangan tersebut.



Untuk ujian ini, Twitter memberikan ciri Spaces kepada kumpulan maklum balas yang sangat kecil. Mereka dapat membuat kumpulan Spaces sendiri dan boleh menambah pengikutnya (follower) untuk menyertai perbualan di dalam ruangan tersebut.

we are giving Spaces to a very small feedback group. people in the group will be able to create Spaces for their followers and other people on twitter to join. they’ll have full control over who can/cannot speak in their space.

— Spaces (@XSpaces) December 17, 2020

Pemilik Spaces mempunyai kawalan penuh untuk menentukan siapa yang boleh dan tidak dapat bercakap di ruangan tersebut.



Di dalam Spaces, akan ada simbol umpama gelombang untuk menandakan bahawa individu tersebut sedang bercakap.

Selain daripada Spaces, terdapat beberapa lagi fungsi lain yang sedang diuji, antaranya ialah:

  1. Reaksi berasaskan emoji
  2. Kemampuan untuk berkongsi tweet di ruang Spaces
  3. Transkripsi audio secara langsung

Bagi sesetengah pengguna Twitter, had 280 perkataan yang diberikan adalah tidak cukup untuk menjelaskan sesesuatu hal yang ingin dikongsi kepada individu sasaran.

Maka, dengan adanya ciri ini, pengguna boleh bersuara dengan jelas kepada individu yang dimahukan untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Ini juga merupakan satu cara yang mudah untuk pengguna Twitter menyertai perbualan.

Walaupun begitu, Twitter belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai pelancaran ciri ini kepada semua.

Namun, sekiranya anda berminat untuk mencuba ciri ini, anda boleh isikan borang secara dalam talian yang disediakan oleh pihak Twitter di sini.

[Sumber: Twitter, TheVerge]

Tags: TwitterTwitter Spaces
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Twitter lancar semula sistem ‘Verified’ lencana biru

Twitter menguji ciri Spaces, ruang sembang berasaskan suara

23 December 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN