• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ada yang tak kena bila tanda biru ‘Verified’ di Facebook Apple hilang

  • OLEH Najib
  • 11:34 pm
  • 24/12/2020
  • Komen
Ada yang tak kena bila tanda biru ‘Verified’ di Facebook Apple hilang
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dikatakan sedang berperang dengan Facebook, apabila cuba mengetatkan polisi keselamatan peribadi di dalam iOS 14, memaksa Facebook memberhentikan pemantauan pengguna di dalam aplikasi. Ada pihak melaporkan, kesan terbaru dari perang ini ialah pembuangan tanda biru diperakui (Verified) di Facebook Apple.

Tanda biru Verified adalah pengesahan menunjukkan identiti akaun sesebuah organisasi atau individu adalah sah dan dieprakui benar. Bukan akaun palsu, tiruan atau rekaan oleh mereka yang tidak berkaitan. Dengan adanya tanda biru ini, pengguna pasti akan mengikutinya dan menantikan sebarang muat naik status yang diketahui berasal dari sumber yang paling sahih.



Mengapa tanda ‘Verified’ di Facebook Apple sudah tiada?

Kehilangan tanda biru di Facebook Apple telah muncul di internet dan ia ditularkan oleh beberapa selebriti media sosial yang mempersoalkan, mengapa ia sudah tiada? Adakah ini satu tindakbalas dari Facebook yang marahkan Apple kerana menghalang mereka dari mengumpul data pengguna menerusi polisi Apple yang semakin ketat?

Tetapi jawapan tentang persoalan ini sebenarnya sangat mudah.



Facebook rasmi Apple tidak memiliki tanda biru Verified kerana ia tidak pernah memohon untuk mendapatkannya. Tanda Verified tidak akan diberikan jika pemilik akaun tidak pernah memohon.

Apple tidak pernah memohon untuk diperakui di Facebook

No, we did not – this is a false meme, please don't amplify it.https://t.co/Sr12juhzSN

— Alexandru Voica 💀 (@alexvoica) December 24, 2020

Seorang petugas dari pasukan komunikasi Facebook, Alexandru Voica menjelaskan kepada orang ramai tentang isu yang tular ini. Pengurus akaun Facebook Apple tidak pernah memohon tanda Verified selama ini, jadi ia sebenarnya tidak pernah ada tanda biru tersebut sebelum ini.

Selain itu, akaun Facebook Apple tidak memenuhi syarat yang diperlukan untuk memohon tanda Verified. Terdapat 4 kriteria yang digariskan Facebook dalam panduan memohon tanda Verified iaitu asli, unik, lengkap dan dikenali ramai. Dalam bahagian lengkap, ia memerlukan bahagian pengenalan diri dipenuhi, ada gambar profail dan sekurang-kurangnnya satu post.

Jika diperhatikan, Facebook Apple tidak pernah memuat naik sebarang status melainkan perubahan gambar sepanduk atau ‘cover photo’. Memang Apple sebenarnya boleh memenuhi semua kriteria ini dengan mudah, tetapi jelas ini menunjukkan Apple tidak berniat untuk mendapatkan status biru itu.

Apple turut memiliki akaun Facebook untuk beberapa perkhidmatan lain dan telah disahkan dengan tanda biru Verified seperti Apple TV, Apple Music dan Apple Podcasts. Akaun ini aktif memuat naik pelbagai status dalam bentuk perkataan, gambar dan juga video.

Inilah yang dikatakan tak pasti jangan kongsi. Jangan sebarkan berita yang tidak pasti kerana ia mungkin boleh mendatangkan fitnah. Bak kata orang berilmu, merangkak nanti di padang nak minta maaf. Boleh semak di portal www.sebenarnya.my untuk kepastian awal.

[Sumber: Mysmartprice]

Tags: appleFacebook
Najib

Najib

POPULAR

Ada yang tak kena bila tanda biru ‘Verified’ di Facebook Apple hilang

Ada yang tak kena bila tanda biru ‘Verified’ di Facebook Apple hilang

24 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER