• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Boost sediakan pembelian kad hadiah Google Play secara dalam talian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:48 pm
  • 28/12/2020
  • Komen
Boost sediakan pembelian kad hadiah Google Play secara dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Pilihan pembelian kad hadiah Google Play kini tersedia di aplikasi Boost. Penawaran baharu ini adalah sebahagian daripada kempen Boost Got You bersempena edisi ‘Stay at Home’ (duduk di rumah).

Ini adalah usaha mereka untuk memastikan pengguna Android dapat menghiburkan diri dengan permainan dan kandungan streaming sambil menyesuaikan diri dengan gaya hidup ‘Stay at Home’.



Penggunaan kad hadiah ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai jenis hiburan dan permainan di Play Store. Antaranya ialah filem, e-buku, item dalam permainan berbayar dan aplikasi permainan baharu.

Kad hadiah Google Play di Boost

Kad hadiah Google Play disediakan dengan nilai yang berbeza:



  1. RM10
  2. RM20
  3. RM50
  4. RM100
  5. RM200

Dengan pembelian melalui Boost, pengguna tidak perlu mendaftar maklumat kad debit dan kad kredit di akaun Google Play.

Cara beli kad hadiah Google Play

  1. Buka aplikasi Boost dan terus ke bahagian Do, ianya di bawah pilihan berbentuk hati.
  2. Tekan pilihan Games
  3. Pilih Game Credits
  4. Anda akan lihat beberapa pilihan kad hadiah Google Play dengan harga yang berbeza
  5. Pilih sama ada Purchase Now untuk diri anda atau anda juga boleh hadiahkan kepada individu lain dengan pilih Gift it
  6. Selesai pembayaran, anda akan terima kod untuk tebus pembelian di Google Play

Cara tebus kad hadiah di Google Play

  1. Buka aplikasi Play Store di peranti Android anda
  2. Tekan menu
  3. Kemudian pilih Redeem
  4. Masukkan kod dan tekan Redeem.

Ini adalah cara yang mudah untuk anda membeli sesuatu di dalam Google Play. Lebih-lebih lagi jika anda tidak suka menggunakan kad debit atau kredit untuk melakukan transaksi. Selain itu, kad hadiah ini juga tiada tarikh luput, jadi anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa yang anda mahu.

Selain Boost, anda juga boleh membeli kad hadiah Google Play fizikial di beberapa kedai yang terpilih seperti 7-eleven, 99 Speedmart dan All It Hypermarket.

Tags: BoostGoogle Play
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Boost sediakan pembelian kad hadiah Google Play secara dalam talian

Boost sediakan pembelian kad hadiah Google Play secara dalam talian

28 December 2020
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN