Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sekumpulan saintis kaji cara kitar semula CO2 jadi bahan api pesawat

Karbon Dioksida (CO2) adalah salah satu produk hasil daripada pembakaran bahan api fosil. Semua orang tahu yang ia adalah gas rumah hijau dan mendatangkan bahaya pada bumi ini. Ada banyak inisatif yang diambil untuk kurangkan pelepasan gas ini dalam udara tapi, sekumpulan saintis ini bermatlamat bukan untuk kurangkan pelepasan, malah menukarkan gas ini menjadi satu benda yang bermanfaat.

Bahan api pesawat datangnya daripada bahan api fosil yang disuling – sumber gambar

Mereka sedang mengkaji cara untuk ubah gas karbon dioksida menjadi bahan api pesawat.

Sejak azali, bahan api pesawat diperoleh daripada minyak mentah yang disuling menjadi kerosene sebelum diisi dalam tangki pesawat. Semasa terbang, enjin jet akan membakarnya dan produk sampingan CO2 terhasil.

Sekiranya usaha kitar semula CO2 ini berjaya, laluan yang sebelum ini sehala, akan bertukar jadi roda. Hal ini kerana, bahan mentah untuk hasilkan bahan api pesawat adalah bahan yang sama dimuntahkan enjin semasa terbang.

Namun begitu, sebelum berjaya, sudah tentu ada cabaran yang perlu ditempuhi.

Usaha tersebut dimulakan dengan satu cabaran yang besar. Gas Karbon Dioksida adalah satu unsur yang stabil. Sebarang aktiviti untuk menggangu ikatan 2 unsur oksigen dengan 1 unsur karbon memerlukan pemangkin yang kuat.

Apa yang cuba ingin dicapai saintis yang terlibat

Mereka gunakan kombinasi unsur Ferum-Mangan-Kalium sebagai pemangkin untuk memaksa Hidrogen bertindak balas dengan CO2 untuk hasilkan Methanol (CH2). Daripada CH2, proses selanjutnya adalah membentuk rantaian hidrokarbon yang lebih panjang (CH5 dan keatas) untuk membentuk bahan api pesawat yang sedia untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, ujian ini masih berada pada skala makmal dan cabaran seterusnya adalah untuk menskalabesarkan tindak balas ini dan demonstrasikan kepada dunia luar yang cara ini sekurang-kurangnya sepadan dengan cara konvesional daripada segi kos disamping potensi untuk mnjaga alam sekitar.

BACA  Pengguna BigPay boleh tambah nilai secara tunai di 7-Eleven, dengan caj 2%

[Sumber: Nature]