• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Toyota lancar kereta elektrik ultrakompak pada harga kurang RM100k

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:19 pm
  • 28/12/2020
  • Komen
Toyota lancar kereta elektrik ultrakompak pada harga kurang RM100k
Share on FacebookShare on Twitter

Toyota ada sebuah kereta elektrik sepenuhnya yang baru dilancarkan iaitu C+pod. Tapi orang awam seperti saya masih belum boleh dapatkannya kerana pengeluarnya setakat ini hanya menjualnya kepada pelanggan korporat dan juga kerajaan.

Untuk dapatkannya, Toyota kata kita perlu tunggu sekurang-kurangnya sehingga 2022. Namun begitu, harganya sudahpun ada dan ia hadir dalam dua varian:



  1. Toyota C+pod (X) – JPY1,650,000 (RM64,544)
  2. Toyota C+pod (G) – JPY1,716,000 (RM67,126)

Daripada sudut spesifikasi, C+pod ialah sebuah kereta ultrakompak yang boleh bawa dua penumpang. Rupanya seperti kereta SmartForTwo kalau anda masih ingat. Ia ditujukan untuk kegunaan perjalanan pendek seperti rondaan kawasan perumahan, kilang, dan sebagainya.

Untuk berikan anda perspektif akan saiznya, jarak antara tayar depan dengan yang belakng pada sebuah Perodua Myvi adalah 2,500mm. Kereta ini cuma 1,780mm dan wheelbase tersebut hampir menyamai sebuah basikal jenis mountain bike.



Di bawah kabin penumpang ada bateri Lithium Ion yang ada kapasiti 51Ah. Dengan satu tangki penuh, ia boleh pergi sehingga 150km, bergantung pada penggunaan.

Bateri kereta ini ada dwifungsi. Selain bekalkan kuasa pada motor kereta, ia juga boleh digunakan untuk kuasakan kelengkapan elektrik lain. Toyota masukkan fungsi ini kalau-kalau berlakukanya bencana alam sehinggakan grid tenaga tidak dapat beroperasi.

Kalau kereta ini dicas menggunakan voltan 100V, ia mengambil masa 12 jam untuk penuh. Nak lagi pantas, boleh guna voiltan lebih tinggi iaitu 200V yang berikan tempoh mengisi sepantas 5 jam.

Sebuah motor diletakkan di bahagian belakang kereta untuk gerakkan tayar belakangnya. Motor tersebut bekerja pada kadar 2.6kW atau boleh dikerah sehingga 9.2kW.

Di dalam kabin, ia miliki segala aksesori yang biasa anda temui dalam kereta biasa. Sebahagian besar panel kabin diperbuat daripada plastik bagi meminimumkan berat. Kereta ini miliki berat 690kg.

Menurut spesifikasi teknikal, ia tidak nyatakan yang Toyota memberikan sebarang beg udara. Tapi tidak mengapa kerana kelajuan maksimum yang boleh dicapai kenderaan ini cumalah 60km/j. Tapi ia ada sistem keselamatan seperti Pre-Collision Safety System dan Intelligent Clearance Sonar untuk bantu anda letak kenderaan.

[Sumber: Toyota]

Tags: pengangkutanToyotaToyota C+pod
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Toyota lancar kereta elektrik ultrakompak pada harga kurang RM100k

Toyota lancar kereta elektrik ultrakompak pada harga kurang RM100k

28 December 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN