• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan lanjutkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Sabah sehingga 14 Januari 2021

  • OLEH Najib
  • 10:42 am
  • 29/12/2020
  • Komen
Kerajaan lanjutkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Sabah sehingga 14 Januari 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2020, kini diumumkan lanjutan sehingga tahun hadapan. Lanjutan sehingga 14 Januari 2021 ini dibuat memandangkan kes COVID-19 masih terlalu tinggi.

Lanjutan PKPB ini turut meliputi beberapa daerah di negeri lain iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat di Johor, Seremban di Negeri Sembilan serta Mukim 12 dan Mukim 13 di Pulau Pinang.



Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi negeri Selangor, PKPB dilaksanakan di seluruh negeri itu termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Selama 14 hari dari 14-27 Disember 2020, sebanyak 8,194 kes positif COVID-19 dikesan di Selangor dan menjadikan semua daerah kepada zon merah.

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan perintah berkenaan di beberapa lokaliti sehingga 14 Januari termasuk di Depoh Tahanan Imigresen Langkap dan kuarters di Hilir Perak serta Penjara Kluang dan kuarters di Johor.



Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut memutuskan untuk melaksanakan PKPD di Madrasah Daril Naim, Mukim Padang Halban, Daerah Peringat di Kota Bharu, Kelantan mulai Selasa sehingga 11 Januari 2021 selepas terdapat peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di lokaliti itu.

“Sehingga 25 Disember, KKM telah melaksanakan sebanyak 99 saringan dan 29 disahkan positif COVID-19. PKPD turut dilaksanakan di Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan di Ranau, Sabah bermula Selasa sehingga 11 Januari 2021 atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM. Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang melibatkan seramai 865 orang penduduk,” katanya.

[Sumber: Sinar Harian]

Tags: COVID-19PKPB
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Kerajaan lanjutkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Sabah sehingga 14 Januari 2021

Kerajaan lanjutkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Sabah sehingga 14 Januari 2021

29 December 2020
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN