• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kongsikan idea gila anda untuk menangi telefon baru Redmi yang akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:31 am
  • 31/12/2020
  • Komen
Kongsikan idea gila anda untuk menangi telefon baru Redmi yang akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia akan memulakan tahun baru 2021 dengan mengadakan pemberian percuma, 10 unit telefon pintar Redmi XX yang masih belum dilancarkan. Mereka yang berminat, boleh ke Facebook Xiaomi Malaysia untuk menyertai.

Pertandingan ini sangat mudah. Hanya kongsikan pendapat anda, apakah yang akan anda lakukan untuk mendapatkan telefon Redmi yang baru ini. Menurut Xiaomi, idea paling gila akan memenangi salah satu dari 10 unit Redmi XX ini. Pertandingan berjalan dari 30 Disember 2020 sehingga 7 Januari 2021.



Memandangkan pertandingan ini akan tamat pada 7 Januari 2021, berkemungkinan ia akan dilancarkan pada hari yang sama atau tidak lama selepas itu. Seperkara lagi, Redmi XX ini bukan merujuk kepada nama sebenarnya, ia mungkin nama samaran sahaja.

Dari gambar yang dikongsikan, Redmi XX ini memiliki 4 kamera di belakang yang disusun menegak. Ia mungkin adalah Redmi 9T yang baru menerima pengesahan peranti di Thailand. Dari helaian spesifikasi, ia amat mirip dengan Poco M3 yang telah dilancarkan di Malaysia. Rupanya pula, sama dengan Redmi Note 9 4G di China.



Redmi Note 9 4G di China

Redmi 9T dijangka memiliki skrin HD Penuh IPS berukuran 6.53-inci, pemproses Snapdragon 662 dan bateri besar 6,000mAh. RAM pula dijangka sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB, serta menerima kad mikroSD.

Kamera belakang pula, menggandingkan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya pula terletak di dalam takuk di dahi skrin.

Poco M3

Secara kasar, Redmi 9T dilihat seperti Poco M3 dengan kamera tambahan keempat. Tetapi bolehkah ia menyaingi harga Poco M3 yang dijual pada harga RM599 untuk storan 64GB, dan RM699 dengan storan 128GB.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

Poco M3 dilancar sebagai telefon Poco paling mampu dimiliki
Unboxing Poco M3: Raja baru telefon bajet
Tags: xiaomiXiaomi Redmi 9T
Najib

Najib

POPULAR

Kongsikan idea gila anda untuk menangi telefon baru Redmi yang akan dilancar di Malaysia

Kongsikan idea gila anda untuk menangi telefon baru Redmi yang akan dilancar di Malaysia

31 December 2020
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN