• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia tawar penerbangan serendah RM12 dan diskaun lain sehingga 60%

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:09 pm
  • 04/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai menyokong inisiatif kempen Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia, AirAsia mempromosikan perjalanan domestik di Malaysia dengan tawaran hebat buat semua penumpang. Dengan promosi yang di adakan ini, penumpang AirAsia boleh melancong ke lokasi yang diingini dengan harga rendah.

Penerbangan serendah RM12

AirAsia membuka peluang kepada semua untuk menempah penerbangan dan mendapatkan tempat duduk secara percuma. Namun penumpang masih perlu membayar kos cukai lapangan terbang dan bayaran lain yang berkaitan. Harga penerbangan yang disediakan hanyalah serendah RM12 sahaja untuk ahli Big dan RM18 untuk bukan ahli.



Antara laluan penerbangan yang termasuk dalam jualan ini ialah:

  • Johor Bahru – Ipoh
  • Johor Bahru – Kota Bharu
  • Kuala Lumpur – Alor Setar
  • Kuala Lumpur – Johor Bahru
  • Kuala Lumpur – Kota Bharu
  • Kuala Lumpur – Kuala Terengganu
  • Pulau Pinang – Kota Bharu
  • Pulau Pinang – Langkawi

Penerbangan bermula pada 11 Januari 2021 sehingga 30 Oktober 2021. Sekiranya anda berminat, anda boleh mula menempah penerbangan bermula hari ini sehingga 10 Januari 2021 di sini.



Pakej harga SNAP

SNAP adalah pembelian penerbangan dan bilik hotel di bawah satu nombor rujukan tempahan. Dalam promosi ini, Airasia menawarkan SNAP 3 hari, 2 malam dengan kombo penerbangan pergi balik dari RM89 seorang.

Hotel

Penumpang AirAsia juga boleh menikmati diskaun sehingga 60% untuk tempahan penginapan hotel pilihan.

Dalam promosi ini juga, ahli Big layak memperoleh sehingga 5 kali ganda mata ganjaran Big pada hotel yang ditempah. Namun, untuk mendapatkan 5 kali mata ganjaran tersebut, ahli Big perlu melakukan transaksi pembayaran menggunakan mata ganjaran Big sahaja.

Tambahan untuk penerbangan (Flight Add-On)

Penumpang boleh memperolehi sehingga 20% diskaun untuk item tambahan bagi setiap penerbangan menggunakan AirAsia. Antara item tambahan tersebut ialah:

  1. Potongan 20% elaun bagasi melebihi 25kg
  2. Potongan 20% tempat duduk Hot Seat
  3. 10% potongan diskaun untuk penerbangan

Penerbangan – Fly Beyond

Lebih daripada 700 pilihan syarikat penerbangan disediakan dan lebih 3000 destinasi boleh di pilih untuk dikunjungi. Lakukan pembelian melalui laman sesawang AirAsia untuk menikmati potongan harga sehingga 20%.

Antara lokasi penerbangan yang termasuk dalam promosi ini ialah:

  • Kuala Lumpur – Kuantan
  • Miri – Limbang
  • Kuala Lumpur – Lahad Datu
  • Kuching – Mukah
  • Johor Bahru -Kuantan
  • Penang – Kuantan

Semua promosi sudah tersedia dan anda boleh mula membuat tempahan sekarang sehingga 10 Januari 2021. Perjalanan pula adalah dari 11 Januari sehingga 30 Oktober 2021. Anda boleh lakukan tempahan di Laman sesawang rasmi AirAsia atau di aplikasi AirAsia.

Untuk mengetahui berita terkini, anda boleh kunjungi laman sesawang rasmi AirAsia di Facebook, Twitter dan Instagram.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AirAsia tawar penerbangan serendah RM12 dan diskaun lain sehingga 60%

4 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER