• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ayah Boboiboy, Amato bakal beraksi menerusi filem animasi Mechamato

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:54 pm
  • 04/01/2021
  • Komen
Ayah Boboiboy, Amato bakal beraksi menerusi filem animasi Mechamato
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat animasi Monsta menghasilkan filem animasi adiwira terbaharu yang berjudul Mechamato. Watak utama dalam filem ini ialah Amato yang merupakan ayah kepada Boboiboy. Jika anda pernah menonton BoBoiBoy Movie 2, Amato ada muncul pada penghujung kredit filem itu.

Kisah filem Mechamato

Filem ini membawa penonton ke era pra-BoBoiBoy iaitu sewaktu Amato masih di alam persekolahan. Amato menjadi tuan kepada MechaBot iaitu Power Sphera dengan kuasa Mechanize yang boleh menukarkan objek biasa menjadi peralatan canggih.



Dalam filem ini, MechaBot menjadi buruan Grakakus, alien sibernetik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki MechaBot. Lebih menarik untuk ditonton apabila sebuah bandar yang bernama Kota Hilir diancam bahaya. Oleh itu, Amato dan MechaBot harus berganding tenaga dan menggunakan kuasa Mechanize untuk menjadi adiwira yang bergelar Mechamato.

Filem Mechamato menjadi fenomena

Monsta dan Astro telah melancarkan trailer rasmi filem animasi ini di Youtube pada 1 Januari 2021. Sehingga hari ini, trailer tersebut ditonton lebih daripada 800 ribu penonton. Selain itu, trailer Mechamoto juga mencatatkan trending di tangga pertama bagi kategori filem di Malaysia dan tangga ke tiga bagi kategori filem di Indonesia.



Trailer tersebut mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna Twitter. Boleh dilihat, hastag ‘Mechamato Movie’ berada di kedudukan pertama di Twitter selepas setengah jam pelancaran trailer rasmi filem itu di YouTube. Ia diikuti dengan hashtag ‘Mechanizing 2021’ ditangga ke sembilan.

Fasa produksi filem Mechamato kini hampir selesai. Ia bakal ditayangkan di seluruh negara apabila keadaan pasaran kembali pulih dan pawagam dibuka sepenuhnya.

Filem Mechamato ini bukan sahaja akan ditayangkan di Malaysia, malah ia juga bakal menembusi pasaran antarabangsa menerusi saluran Cartoon Network. Filem ini akan disiarkan di lebih 20 buah negara di rantau Asia Pasifik, termasuklah negara-negara seperti Australia, New Zealand, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

Tags: MechamatoMonsta
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ayah Boboiboy, Amato bakal beraksi menerusi filem animasi Mechamato

Ayah Boboiboy, Amato bakal beraksi menerusi filem animasi Mechamato

4 January 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN