• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID pecah rekod di Malaysia dengan kes baru lebih 3,000

  • OLEH Najib
  • 6:49 pm
  • 07/01/2021
  • Komen
KKM Akan Mula Guna Kit Ujian Pantas Yang Ditempah Dari Korea Selatan
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia hari ini mencatat kes baru COVID-19 sebanyak 3,027 kes, satu rekod terbaru menewaskan rekod yang baru dicatat semalam, 2,593 kes. Ini menjadikan jumlah jangkitan COVID-19 di Malaysia berjumlah 128,465 kes. 8 kematian dicatat hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kepada 521 kematian.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan sebanyak 2,145 kes telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh dan dibenarkan pulang kepada 102,723 pesakit. Kadar sembuhan kini di paras 80% manakala kadar kematian kepada 0.4%.



Buat masa ini, masih terdapat 25,221 kes aktif, di mana 6 kes diimport dan 3,021 kes penularan tempatan hari ini. Johor hari ini merekodkan jumlah kes baru terbanyak iaitu 1,103 kes, diikuti oleh Selangor dengan 706 kes, Sabah dengan 493 kes dan Kuala Lumpur dengan 316 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi maklumat, iaitu berdasarkan kes harian COVID-19 harian, jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 adalah dengan kadar kebolehjangkitan Ro/Rt pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia. Jika pada kadar 1.2, Malaysia akan mencatat 5,000 kes baharu pada minggu ketiga Februari dan setinggi 8,000 kes baharu pada minggu ketiga Mac 2021.



Sehingga 7 Januari 2021, terdapat sebanyak 570 kluster telah dilaporkan termasuk 9 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 316 kluster, termasuk 7 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Cempaka, Kluster Hilir, Kluster Karamunting, Kluster Lengkuk, Kluster Prestij, Kluster Sutera, dan Kluster Tapak Bina Sungai Udang.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 254 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bukit Pasir (779 kes), Kluster Dataran Utas (156 kes), dan Kluster Beringin (101 kes).

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu mengelakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat. Serta amalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) iaitu cuci tangan, pakai topeng muka dan ingatkan sesama sendiri selalu.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

[Sumber: KP Kesihatan]

Tags: COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

KKM Akan Mula Guna Kit Ujian Pantas Yang Ditempah Dari Korea Selatan

COVID pecah rekod di Malaysia dengan kes baru lebih 3,000

7 January 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN