• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A12 dan A02S, telefon pertama Samsung untuk tahun 2021 pada harga bermula RM529

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:52 am
  • 07/01/2021
  • Komen
Galaxy A12 dan A02S, telefon pertama Samsung untuk tahun 2021 pada harga bermula RM529
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mulakan kalendar 2021 mereka dengan pelancaran 2 telefon kelas permulaan iaitu Samsung Galaxy A12 dan Samsung Galaxy A02S. Kedua-duanya sudahpun boleh didapati dalam pasaran pada harga sepert berikut:

  • Galaxy A12 (6+128) – RM799
  • Galaxy A02S (4+64) – RM529

Galaxy A12

Pada harga RM799, agak menyedihkan apabila ia hanya terima skrin HD+ sahaja. Lebih perit, saiz paparannya 6.5” yang besar itu sudah tentu sukar berikan pengalaman multimedia yang baik.



Disebabkan ia gunakan panel LCD, pengimbas cap jarinya diletakkan di bahagian kanan telefon yang disekalikan dengan butang kuasa.

Atas papan utama, ia diperkasa SoC Helio P35 dengan kombinasi RAM dan storan 6GB+128GB.



Baterinya agak besar iaitu 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan 15W. Maka, anda boleh jangkakan masa yang agak panjang untuk mengisi tangki tenaganya.

Untuk mengambil gambar, ia ada kuadkamera belakang dengan kombinasi 48MP+5MP+2MP+2MP. Manakala bahagian depan ada kamera selfie 8MP.

Ia sesuai untuk dijadikan telefon backup kerana baterinya besar serta hadir dengan tiga slot, 2 untuk kad SIM dan 1 untuk kad memori.

Satu lagi kekurangan telefon ini ialah ia tidak dilengkapi Wi-Fi 5Ghz. Anda tersangkut dengan rangkaian Wi-Fi 2.4Ghz sahaja.

Laman rasmi Galaxy A12

Galaxy A02S

Saudara yang berharga lebih rendah daripada A12 ini diperkasa cip Snapdragon 450 dengan gabungan RAM 4GB dan storan 64GB. Kalau tak cukup, anda ada satu slot mikro-SD beserta 2 kad SIM.

Bahagian muka, ia dilengkapi paparan 6.5” HD+ sama macam A12 tapi tiada pengimbas cap jari disertakan bersamanya.

Galaxy A02S kekurangan satu kamera belakang, menjadikannya hadir dengan kombinasi trikamera 13MP+2MP+2MP. Selfie pula diambil menggunakan kamera 5MP.

Baterinya 5,000mAh dan sokong pengecasan pada kadar 15W. Macam A12, ia tiada Wi-Fi 5Ghz.

Laman rasmi A02S

Tags: samsungsamsung galaxy a02ssamsung galaxy a12
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Galaxy A12 dan A02S, telefon pertama Samsung untuk tahun 2021 pada harga bermula RM529

Galaxy A12 dan A02S, telefon pertama Samsung untuk tahun 2021 pada harga bermula RM529

7 January 2021
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER