• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diperdaya muat turun aplikasi palsu Bank Negara, seorang guru rugi RM75,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:10 pm
  • 09/01/2021
  • Komen
Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin hari, semakin licik. Begitulah yang boleh diibaratkan kepada individu yang tidak bertanggunjawab, mengambil duit masyarakat untuk kepentingan diri sendiri. Taktik terbaharu, suspek scam mengambil duit mangsa melalui aplikasi palsu yang mereka cipta.

Mangsa muat turun aplikasi palsu, lalu duit lesap

Kes melibatkan seorang mangsa berusia 28 tahun, beliau yang juga seorang guru dikatakan menerima satu panggilan telefon dari individu mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).



Suspek kemudian memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan cukai syarikat. Dia seterusnya disambungkan kepada individu lain yang mendakwa sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Anggota polis tersebut memberitahu mangsa bahawa, dia terbabit dengan kes dadah dan pengubahan wang haram. Mangsa yang panik, terus mengikut arahan polis itu dengan memuat turun aplikasi kononnya dari Bank Negara. Dalam aplikasi tersebut mangsa telah mengisi maklumat perbankan miliknya.



Tidak lama selepas itu, mangsa terkejut apabila wang simpanannya berjumlah RM75,000 lesap melalui transaksi yang dibuat suspek. Dia lalu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda perlulah menyemak aplikasi yang ingin dimuat turun untuk memastikan sama ada ianya palsu atau tidak. Namun, sekiranya sudah memuat turun aplikasi palsu, padamkan ia, dikhuatiri maklumat anda di dalam peranti akan dicuri.

[Sumber: BH]

Tags: pdrmSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya

Diperdaya muat turun aplikasi palsu Bank Negara, seorang guru rugi RM75,000

9 January 2021
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER