Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

SKMM ingatkan yang denda RM500 ribu dan penjara 5 tahun menanti pengguna booster LTE haram

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengingatkan rakyat Malaysia yang membeli, mengguna dan memiliki kelengkapan booster dan repeater isyarat selular adalah satu kesalahan sekiranya tidak melalui penyedia servis telco.

Menurut Garis Panduan Pembelian, Penggunaan dan Pemilikan Booster atau Repeater Selular yang berkuatkasa 1 Januari 2021 yang lalu, bilangan sumber gangguan frekuensi melibatkan Booster ataupun Repeater Selular tidak pengikut piawian daripada 2016 hingga 2020 telah menunjukkan trend peningkatan.

Apabila frekuensi terganggu, sudah tentu pengalaman sambungan pengguna yang lain akan terjejas. Bagi membasmi isu tersebut, SKMM mengatakan yang:

Mana-mana orang awam tidak boleh membeli apa-apa Cellular Booster atau Repeater dari sumber yang tidak disahkan. Bagi membasmi dan mengurangkan interferens terhadap spektrum, Cellular Booster atau Repeater yang telah disahkan oleh Suruhanjaya ataupun mana-mana badan-badan pensijilan yang sah, hendaklah hanya dibeli melalui Penyedia Perkhidmatan.

Anda boleh baca garis panduan penuh di sini.

Sekiranya didapati bersalah, anda boleh dikenakan Tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [588] atau Undang-undang Pengawalan Komunikasi dan Multimedia (Piawaian Teknikal) 2000. Denda tidak boleh melebihi RM500,000 dan/atau penjara tidak melebihi 5 tahun menanti pesalah.

Kalau isyarat telco lemah, apa yang pengguna boleh buat?

SKMM menyarankan orang awam yang menghadapi masalah cakupan isyarat telco di tempat masing-masing, supaya membuat aduan rasmi terhadap Penyedia Perkhidmatan melalui saluran rasmi. Berikut adalah saluran-saluran rasmi untuk membuat aduan:

Altel

Tel: 13388 atau 03-2613 3888
[email protected]

Celcom

Tel: 1111 atau 019-601 1111

Digi

Tel: 016-221 1800
[email protected]

Maxis

Tel: 1-800-82-1123
[email protected]

Pavo Communications Sdn. Bhd.

Tel: 011-3112 2233
[email protected]

Redone

Tel: 1800 87 7790
[email protected]

Tune Talk

BACA  Safer with Google: Tips keselamatan anak-anak dalam talian bersama CyberSecurity Malaysia

Tel: 13100 atau 03-2771 7000
[email protected]

U Mobile

Tel: 018 388 1318
[email protected]

Webe

[email protected]
[email protected]

XOX

Tel: 12273 atau 1300-888-010

Yes 4G

Tel: 018-333 0000
018-333 0000

Yoodo

Livechat
[email protected]

Andainya masih tiada sebarang tindakan diambil selepas 15 hari bekerja, mereka boleh lakukan aduan ke Forum Komunikasi Malaysia (CFM) di: