• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AirPods Pro edisi Tahun Baru Cina, fungsi sama tetapi tampil lebih eksklusif

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:54 pm
  • 11/01/2021
  • Komen
AirPods Pro edisi Tahun Baru Cina, fungsi sama tetapi tampil lebih eksklusif
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Tahun Baru Cina yang akan tiba nanti ialah tahun lembu, maka Apple telah mencipta watak ikon lembu untuk meraikan perayaan itu. Selain itu, Apple juga memperkenalkan AirPods Pro edisi terhad bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Produk ini menjadi eksklusif kerana ikon lembu tersebut akan dicetak dan dipaparkan pada kotak dan ruangan pengecas tanpa wayar AirPods Pro. Selain itu, produk ini juga hanya dijual di 5 Negara asia sahaja, antaranya China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Malaysia.



Walaupun tampil berbeza, fungsi AirPods Pro ini tetap sama dengan yang sedia ada. Bukan itu sahaja, harganya juga sama seperti AirPods Pro biasa iaitu bernilai RM1,099 sahaja.

Jika anda membelinya, anda akan menerima:



  1. AirPods Pro
  2. Bekas pengecas tanpa wayar edisi terhad
  3. Tiga saiz tip earbud 
  4. Kabel USB-C ke Lightning
  5. Dokumentasi

Anda boleh dapatkan sepasang AirPods Pro edisi terhad ini melalui pembelian di kedai rasmi Apple atau secara dalam talian di sini. Untuk edisi ini, Apple memberikan had hanya dua unit untuk setiap pesanan.

Menurut kedai Apple di China, hanya ada 25,400 pasang AirPods Pro edisi terhad ini dijual. 11,480 pasang dijual melalui kedai rasmi Apple dan selebihnya dijual secara dalam talian. Namun, tidak diketahui sama ada jumlah tersebut hanya untuk kedai Apple di China atau untuk kedai Apple di negara lain juga. Oleh itu, dapatkan segera.

[Sumber: Apple, Engadget]

Tags: airpodsappleApple Airpodsapple airpods pro
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AirPods Pro edisi Tahun Baru Cina, fungsi sama tetapi tampil lebih eksklusif

AirPods Pro edisi Tahun Baru Cina, fungsi sama tetapi tampil lebih eksklusif

11 January 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN