• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes naik taraf pelan jalur lebar dengan lebih banyak data

  • OLEH Najib
  • 2:02 pm
  • 11/01/2021
  • Komen
Yes naik taraf pelan jalur lebar dengan lebih banyak data
Share on FacebookShare on Twitter

Yes baru-baru ini telah memperkenalkan pelan internet mudah alih Yes Kasi Up, menyediakan data prabayar sebanyak 10GB serendah RM15/bulan, dan data pascabayar sebanyak 100GB pada harga RM49/bulan. Baru-baru ini Yes dilihat turut menaik taraf pelan jalur lebar mudah alih dan di rumah.

Yes On-The-Go Broadband

Pelan ini menyediakan internet mudah alih menerusi modem LTE percuma yang dikuasakan bateri, bersama kontrak selama 12-bulan. Ia ditawarkan dari serendah RM45/bulan dengan 50GB data, atau RM0.90 untuk 1GB. Tetapi pelan lebih mahal, RM65 untuk 65GB pula berkadar RM1 setiap 1GB.



Jika mahu lebih banyak kuota, pelan lain yang ditawarkan adalah 100GB RM98, 130GB RM128 dan 150GB RM148.

Modem LTE yang diberikan percuma oleh Yes walaupun namanya masih Huddle XS, tetapi ia berbeza dari sebelum ini. Berdasarkan satu muat naik oleh pengedar Yes, modem ini menyokong sehingga 10 peranti dengan kelajuan sehingga 50Mbps. Tetapi ia masih mengecas menggunakan port mikro-USB.



Yes turut mengecualikan yuran pengaktifan untuk pelan ini dan pelanggan baru hanya perlu membayar pendahuluan 1 bulan langganan sahaja. Di mana ia akan direbatkan semula ke dalam bil kemudian. Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh dirujuk di sini.

Yes Home Broadband

Untuk pengguna yang mahukan jalur lebar wayarles yang tetap, boleh melanggan pelan Yes Home Broadband. Ia datang bersama router wayarles yang lebih berkuasa, tetapi perlu memasang kuasa di palam dinding.

Pelan ini bermula dari RM68/bulan dengan kuota 70GB. Tetapi pelan dengan kuota lebih tinggi memiliki harga yang serupa dengan Yes On-The-Go Broadband.

Untuk pelan ini, Yes memberikan modem Zoom 4G LTE yang menyokong sambungan sehingga 32 peranti. Pengguna baru juga perlu mendaftar kontrak selama 12-bulan, tetapi Yes mengenakan yuran pengaktifan RM100 semasa mendaftar. Selain itu, pendahuluan sebanyak 1-bulan perlu dibayar semasa mendaftar dan akan direbatkan semula ke dalam bil.

Jika mahu membeli kuota tambahan, harganya agak mahal iaitu dari RM10 untuk 1GB sehingga RM75 bagi 10GB. Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh dirujuk di sini.

Bacaan Berkaitan

Pelan Yes Kasi Up beri lebih GB setiap RM dan telefon percuma, sambil jana pendapatan
Terima sehingga 100GB data Yes percuma setiap kali membeli-belah di Shopee
Tags: yes 4g
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Yes naik taraf pelan jalur lebar dengan lebih banyak data

Yes naik taraf pelan jalur lebar dengan lebih banyak data

11 January 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN