• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia sedia penerbangan ketika PKP sehingga 26 Januari, tetapi bersyarat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:53 pm
  • 13/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia sekali lagi berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang melibatkan beberapa buah negeri. Semua sempadan negeri ditutup dan tiada pergerakan merentas negeri di benarkan.

Namun, tentu ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang perlu melakukan perjalanan merentas negeri pada waktu PKP ini atas dasar keperluan dan juga kecemasan. Kerajaan juga memberi tempoh kepada orang ramai yang terperangkap di kampung, supaya pulang segera ke rumah mereka selewat-lewatnya Jumaat ini.



Oleh itu, syarikat penerbangan terkemuka, AirAsia ingin bantu masyarakat yang terperangkap di kampung halaman untuk terbang ke lokasi asal sehingga 26 Januari ini. Peluang ini juga boleh digunakan oleh individu yang mempunyai hal penting untuk melakukan perjalanan merentas negeri.

Syarat penerbangan

Untuk meneruskan penerbangan dalam tempoh PKP ini, penumpang perlu mendapatkan persetujuan yang sah atau permit dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas. Para penumpang juga perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu sekiranya ada.



Tempoh penerbangan

Di bawah ini disediakan perjalanan yang ditawarkan oleh AirAsia. Tempahan boleh dilakukan mulai sekarang menerusi laman sesawang rasmi AirAsia atau melalui aplikasinya.

  • KL – Alor Setar, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Alor Setar – KL, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Johor Bahru – Kota Kinabalu, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Kota Kinabalu – Johor Bahru, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Kuching – Kota Kinabalu, tarikh efektif: 13 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Kota Kinabalu – Kuching, tarikh efektif: 13 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • KL – Kota Kinabalu, tarikh efektif: 13, 14, 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali untuk setiap tarikh)
  • Kota Kinabalu – KL, tarikh efektif: 13, 14, 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali untuk setiap tarikh)
  • Kuching – Bintulu, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Bintulu – Kuching, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Kuching – Bintulu, tarikh efektif: 13 – 26 Januari (Kekerapan penerbangan: 3 kali)
  • Bintulu – Kuching, tarikh efektif: 13 – 26 Januari (Kekerapan penerbangan: 3 kali)
  • KL – Bintulu, tarikh efektif: 14 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Bintulu – KL, tarikh efektif: 14 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Johor Bahru – Penang, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Penang – Johor Bahru, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • KL – Kota Bharu, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali untuk dua masa berbeza)
  • Kota Bharu – KL, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali untuk dua masa berbeza)
  • KL – Kuching, tarikh efektif: 14 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Kuching – KL, tarikh efektif: 14 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • KL – Kuching, tarikh efektif: 13, 17, 24 Januari (Kekerapan penerbangan: 2 kali)
  • Kuching – KL, tarikh efektif: 13, 17, 24 Januari (Kekerapan penerbangan: 2 kali)
  • Kuching – Miri, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Miri – Kucing, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Kuching – Miri, tarikh efektif: 13 – 26 Januari (Kekerapan penerbangan: 4 kali)
  • Miri – Kucing, tarikh efektif: 13 – 26 Januari (Kekerapan penerbangan: 4 kali)
  • Kuching – Sibu, tarikh efektif: 13 – 26 Januari (Kekerapan penerbangan: 3 kali)
  • Sibu – Kuching, tarikh efektif: 13 – 26 Januari (Kekerapan penerbangan: 3 kali)
  • Kuching – Sibu, tarikh efektif: 13 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Sibu – Kuching tarikh efektif: 13 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Kuching – Sibu, tarikh efektif: 14 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Sibu – Kuching tarikh efektif: 14 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • KL – Pulau Pinang, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Pulau Pinang – KL, tarikh efektif: 15 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • KL – Kuala Terengganu, tarikh efektif: 14 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)
  • Kuala Terengganu – KL, tarikh efektif: 14 Januari (Kekerapan penerbangan: 1 kali)

Penumpang boleh menukar tarikh penerbangan

Para penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan antara tarkih 13 hingga 26 Januari 2021 tetapi tidak dapat melakukan perjalanan dalam tempoh ini, boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih perubahan tarikh penerbangan lain.

Penumpang boleh menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Mac 2021 di laluan yang sama, tanpa bayaran tambahan namun tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Cara melakukan penukaran tarikh penerbangan

Penumpang yang ingin melakukan penukaran tarikh perlu menghubungi AVA (AirAsia Virtual Allstar) melalui laman sesawang rasmi AirAsia. AVA merupakan sistem sokongan yang disediakan oleh AirAsia untuk menjawab persolan yang diajukan oleh penumpang berdasarkan kata kunci.

Ia boleh dihubung melalui support airasia, laman sesawang rasmi AirAsia atau WhatsApp

Apabila anda menghubungi AVA, anda perlu ikut cara berikut untuk melakukan penukaran tarikh penerbangan:

  1. Pilih penerbangan (flights) di menu utama AVA
  2. Pilih penukaran penerbangan Covid-19 (Covid-19 Flight Changes)
  3. Pilih penerbangan domestik AK (AirAsia Malaysia domestic Flight)
  4. Pilih saya ingin menukar penerbangan saya (I want to change my flight)
  5. Masukkan nombor tempahan dan ikut arahan yang seterusnya
  6. Penumpang akan segera dimaklumkan melalui e-mel atau SMS mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AirAsia sedia penerbangan ketika PKP sehingga 26 Januari, tetapi bersyarat

13 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER