Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

SKMM gantung akaun twitter sendiri, diceroboh sejak 2013?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini telah menggantung akaun rasmi agensi kerajaan Malaysia, akibat diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akaun yang menggunakan nama @SKMM_MCMC itu dilaporkan akan digantung buat sementara waktu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengauh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah, yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan. Semua mesej mencurigakan itu bukan dikeluarkan pihak SKMM.

Diceroboh Sejak 2013?

Dari tangkap layar yang sempat diambil sebelum akaun tersebut digantung, mesej yang menceroboh masuk akaun twitter SKMM itu dihantar sekitar tahun 2013 ke 2014. Bermakna, SKMM tidak sedar bahawa mereka telah diceroboh lama sebelum ini, sehinggalah disedari oleh pengguna twitter lain baru-baru ini.

Perkara ini menimbulkan kegusaran ramai pihak, terutama sekali ia melibatkan agensi yang bertanggungjawab mengawal selia komunikasi di Malaysia, termasuk pengunaan media sosial seperti Twitter sendiri.

Apa sebenarnya berlaku?

Belum pernah kedengaran sebelum ini, apabila akaun Twitter diceroboh, ia boleh membuat hantaran mesej pada waktu lepas. Kalau boleh pun, bermakna penceroboh itu menaiki mesin masa ke waktu lampau, dan membuat hantaran tersebut.

Satu kemungkinan lagi adalah, akaun tersebut tidak diceroboh. Tetapi diambil alih dan ditukar nama akaun.

Ini dapat dilihat dari salah satu balasan tweet lama, yang menandakan nama akaun @Nazrulllhakim. Bermakna, nama lama untuk akaun @SKMM_MCMC pada tahun 2013 adalah @Nazrulllhakim.

Tukar atau beli?

Malay Mail melaporkan, mereka telah menemui pemilik asal @Nazrulllhakim. Nama sebenarnya adalah Nazrul Hakim, kini berusia 22 tahun dan tinggal di Pahang. Menurut Nazrul, dia telah menjual akaun tersebut kepada seseorang sekitar 5 ke 6 tahun lepas, pada harga RM1,300.

BACA  PERMAI: Pelan prabayar istimewa SPM dan STPM dipanjangkan kepada pelajar universiti

Pada waktu itu, dia masih seorang pelajar sekolah tetapi akaun twitter tersebut memiliki sekitar 50,000 pengikut. Dia tidak berfikir mahu memadam semua mesej lama kerana masih pelajar ketika itu, dan tidak memikirkan akibatnya di masa hadapan. Malah, dia pun tidak tahu bagaimana ia boleh menjadi akaun agensi kerajaan.

Digantung akibat melanggar peraturan?

Jual beli akaun adalah sesuatu yang dilarang oleh Twitter. Ini biasa dilakukan apabila seseorang atau organisasi, mahukan jumlah pengikut yang ramai dengan cepat secara tidak asli. Sebelum menggantung akaun, @SKMM_MCMC memiliki lebih 70,000 pengikut.

Jika benar akaun ini dibeli, sudah pasti Twitter boleh mengambil tindakan menggantung akaun tersebut jika ada pengguna telah melaporkannya. Malah, ia mungkin boleh dipadam buat selama-lamanya.

Jadi, adakah SKMM menggantung sendiri akaun mereka, atau Twitter sendiri mengambil tindakan lebih awal menggantung akaun tersebut? Pengajarannya, jangan jual beli akaun untuk popular ya.