• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme akan lancar jam pintar Pro dengan skrin AMOLED dan GPS

  • OLEH Najib
  • 11:31 am
  • 15/01/2021
  • Komen
Realme akan lancar jam pintar Pro dengan skrin AMOLED dan GPS
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Realme adalah jenama paling aktif melancarkan produk baru di Malaysia dengan acara pelancaran hampir setiap minggu. Tahun ini, mereka membuka lembaran 2021 dengan membawa jam pintar baru yang lebih hebat, Realme Watch S Pro.

Majlis pelancaran ini akan diadakan secara dalam talian, menerusi Facebook Realme Malaysia pada hari Khamis, 21 Januari 2021. Acara ini akan dimulakan pukul 12 tengah hari.



Spesifikasi lengkap tentang Realme Watch S Pro ini boleh dirujuk di India, kerana ia telah dilancarkan di sana. Untuk perbandingan, Realme Watch S Pro di India, dijual pada harga INR 9,999 (~RM552). Manakala Realme Watch S, berharga INR 4,999 (~RM276) iaitu separuh dari harga Pro.

Jadi boleh dijangka, harga di Malaysia juga akan turut sama. Realme Watch S dijual di sini pada harga RM369. Adakah harga versi Pro ini akan mencecah RM700?



Harga yang lebih mahal ini setanding dengan fungsi hebat yang terdapat padanya. Jam ini menggunakan skrin AMOLED berukuran 3.5cm, membolehkan paparan sentiasa hidup sepanjang masa diaktifkan.

Kaca Corning Gorilla Glass yang tahan lasak, digunakan untuk melindungi skrin. Rupa premium ini ditambah dengan badan jam yang diperbuat dari besi tahan karat.

Fungsi tercanggih padanya adalah sensor GPS terbina di dalam. Peminat aktiviti kecergasan pasti gemarknnya kerana boleh menggunakan jam sahaja untuk merakam koordinat aktiviti, tanpa perlu membawa telefon pintar.

Pengguna juga boleh menggunakannya bagi aktiviti di dalam air, kerana Realme Watch S Pro kalis air sehingga 5ATM. Selain itu, ia boleh mengesan denyutan nadi, dan memantau tahap oksigen di dalam darah. Jadi pengguna boleh memeriksa tahap kesihatan dengan lebih menyeluruh.

Kuasa bateri di dalamnya boleh memberikan tenaga sehingga 14-hari secara berteusan. Buat masa ini, Realme Watch S Pro hanya boleh dipadankan dengan peranti Android sahaja, menggunakan aplikasi Realme Link. Aplikasi iOS dikatakan akan hadir tidak lama lagi.

Maklumat lanjut mengenai harga dan tarikh jualan Realme Watch S Pro akan diketahui sewaktu majlis pelancarannya. Kita tunggu ketibaan hari tersebut tidak lama lagi.

[Sumber: Realme]

Tags: RealmeRealme Watch S Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Realme akan lancar jam pintar Pro dengan skrin AMOLED dan GPS

Realme akan lancar jam pintar Pro dengan skrin AMOLED dan GPS

15 January 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN