• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Produk teknologi meningkat jualan hampir 5 kali ganda ketika PKP 2.0

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:46 pm
  • 20/01/2021
  • Komen
Produk teknologi meningkat jualan hampir 5 kali ganda ketika PKP 2.0
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee membuat perbandingan dan menganalisis data trend pengguna dari PKP pertama, iaitu bertarikh 16 Mac sehingga 20 Mac 2020 dibandingkan dengan lima hari pertama PKP 2.0 diumumkan, iaitu dari 11 Januari sehingga 15 Januari 2020.

Dalam tempoh PKP 2.0 ini, Shopee melihat bahawa trafik ke platfrom dan aktiviti membeli-belah meningkat dibandingkan dengan PKP pada tahun lalu ketika ia dilaksanakan. Data mereka menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ramai membeli produk hiasan rumah dan barangan teknologi.



Aktiviti beli-belah di Shopee ketika PKP 2.0

Terdapat lebih daripada 50 juta produk keperluan harian yang boleh pengguna Shopee pilih dan beli melalui platform ini. Berikut merupakan 5 kategori barangan yang tertinggi pembeliannya dalam aplikasi Shopee pada tarikh 11 Januari sehingga 15 Januari 2020.

  1. Produk hiasan rumah

Ketika PKP baru bermula, barangan pembaikan dan hiasan rumah meningkat jualannya 8 kali ganda dengan lebih 900 ribu produk dijual melalui Shopee. Berikutan perintah PKP, pengguna pasti menghabiskan lebih banyak masa di rumah dan tentu ada antara mereka yang melakukan projek mencantikkan rumah kediaman bagi mengisi masa terluang.



  1. Barangan teknologi

Barangan teknologi menyaksikan peningkatan jualan 4.5 kali ganda dengan lebih daripada 550 ribu unit dijual. Antaranya ialah komputer riba, telefon pintar, tablet, komponen rangkaian komputer, papan kekunci, mesin pencetak dan sistem audio.

Rakyat Malaysia juga melakukan pembelian kad SIM YES Kasi Up di dalam Shopee dan ia merekodkan hampir 20 ribu unit kad sim itu terjual dalam masa lima hari. Peningkatan item teknologi ini boleh dikaitkan dengan perintah bekerja dan belajar secara dalam talian dari rumah sepanjang PKP.

  1. Makanan ringan

Pembelian makanan ringan seperti biskut, coklat, kacang, buah-buahan kering serta keropok pada tempoh 5 hari pertama PKP membawa jumlah jualan kepada setengah juta unit. Ia sekaligus menunjukkan peningkatan sebayak lima kali ganda.

  1. Makanan haiwan

Ia diikuti pula dengan pembelian makanan haiwan yang melonjak tiga kali ganda iaitu lebih daripada 330 ribu unit terjual pada tempoh tarikh yang sama.

  1. Bahan mentah

Shopee juga mendapati permintaan untuk bahan mentah masakan seperti daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan meningkat hampir dua kali ganda. Ia menjadikan jumlah yang terjual ialah sebanyak 85 ribu unit.

Ketiga-tiga kategori barang keperluan, merangkumi makanan ringan, makanan haiwan dan bahan mentah adalah hasil jualan daripada kedai Agrobazaar, FAMA, Mydin, Tesco, Village Grocer dan Nestle.

Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

Semangat menyambut Tahun Baru Cina kelihatan apabila 30 carian kata kunci popular menunjukkann perkatan seperti, 100 Plus, hiasan Tahun Baru Cina, cheongsam, sarang burung, abalone dan kemeja imej lembu untuk sekeluarga.

Sebagai tanda meraikan Tahun Baru Cina, Shopee melancarkan ‘Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina’ yang akan berlangsung sehingga 13 Februari 2021. Dalam jualan tersebut, Shopee sertakan baucar diskaun 88% pada setiap hari untuk setiap pengguna.

Selain itu, Shopee turut sediakan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 serta tawaran harga menakjubkan dengan hanya 8 sen.

Tambahan lagi, Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina juga membawakan pengguna acara live ‘RM8,888 Kotak Bertuah Shopee’ setiap hari dengan lima jumlah hadiah wang tunai untuk dimenangi oleh penonton:

  1. RM0.88
  2. RM8.88
  3. RM88.88
  4. RM888.88
  5. RM8,888

Untuk menyertainya, anda perlu tonton Shopee Live setiap hari pada pukul 10 malam. Gandakan peluang untuk memenangi Kotak Bertuah Shopee dengan menonton sesi
penstriman langsung tambahan pada 25 Januari dan 2 Februari pada jam 1 petang.

Tags: Shopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Produk teknologi meningkat jualan hampir 5 kali ganda ketika PKP 2.0

Produk teknologi meningkat jualan hampir 5 kali ganda ketika PKP 2.0

20 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER