• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Netflix uji ciri baru, penonton boleh tonton filem bersesuaian tanpa henti

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:29 pm
  • 21/01/2021
  • Komen
Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, selepas selesai menonton satu filem di Netflix sama ada di telefon pintar atau TV, Netflix akan mencadangkan 3 filem untuk penonton pilih bagi menyambung tontonan. Sekiranya pilihan yang diberikan tidak menepati citarasa maka penonton perlu cari satu per satu filem mengikut kategori yang dikehendaki.

Bagi memudahkan pengguna, kini Netflix sedang menguji ciri ‘Shuffle Play‘. Ia mampu memainkan terus filem yang bersesuaian kepada penonton dengan menggunakan algoritma supaya filem tersebut menepati minat pengguna.



Netflix uji shuffle play

Tanpa perlu melayari kesemua kategori filem dalam Netflix untuk memilih sesuatu yang menepati kehendak penonton, ciri shuffle play akan bantu penonton terus menonton filem yang bersesuaian dengan segera.

Netflix kini menguji ciri shuffle play, ia akan diletakkan di skrin utama Netflix, di bawah ikon profil pengguna. Apabila diklik, Netflix secara rawak memainkan kandungan algoritma filem yang dijangka menjadi minat penonton.



Ia termasuklah filem yang sedang ditonton, sesuatu yang telah pengguna simpan di dalam senarai tontonan atau judul yang serupa dengan sesuatu yang sudah ditonton. Sebelum ini, kedudukan tersebut diletakkan ciri ‘play something‘, namun kini ia digantikan dengan ‘shuffle play‘. Namun, ciri ini masih dalam ujian pihak Netflix.

Ciri ini hanya diuji melalui peranti TV sahaja, ia tidak dapat dilihat jika pengguna mengakses Netflix melalui laman sesawang atau telefon pintar. Dikatakan juga bahawa ciri tersebut akan menemui semua pengguna di seluruh dunia, pada separuh pertama tahun 2021.

Dengan adanya shuffle play pengguna tidak lagi perlu membuang masa melihat satu per satu senarai filem yang ada pada ketika itu untuk teruskan tontonan. Tetapi, ia dengan sendiri akan memulakan filem seterusnya yang pasti menepati kehendak pengguna.

[Sumber: TechCrunch]

Tags: Netflix
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix

Netflix uji ciri baru, penonton boleh tonton filem bersesuaian tanpa henti

21 January 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN