• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Raspberry Pi Pico, mikropengawal berharga RM18 untuk para techie

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:44 pm
  • 23/01/2021
  • Komen
Raspberry Pi Pico, mikropengawal berharga RM18 untuk para techie
Share on FacebookShare on Twitter

Buat anda yang biasa bermain dengan mikropengawal, Adruino adalah solusi yang pertama sekali muncul dalam fikiran. Tapi ia kini ada pencabar baru daripada pengeluar komputer papan tunggal (SBC) Raspberry Pi. Raspberry Pi Pico adalah sebuah mikropengawal yang boleh anda dapatkan pada harga RM17.90 (Autobotic, Cytron).

Satu benda unik tentank mikropengawal ini adalah, cip utamanya adalah yang direka oleh Raspberry Pi sendiri. Cip CR2040 mengandungi teras ARM Cortex M0+ dengan clockspeed 133Hz. Ia juga dibekalkan SRAM seluas 264KB dan 2MB ruang storan kilat.



Memang sikit jika dibandingkan dengan komputer mahupun telefon pintar anda tapi sebagai mikropengawal, ia sudah memadai.

Pi Pico tiada sambungan wayarles sebaliknya ia berhubung dengah host melalui port mikro-USB ver. 1.1 Di sekeliling papan litarnya ada 26 pin GPIO pelbagai guna.



Kalau anda tertanya-tanya apa gunanya mikropengawal? Komponen ini wujud dalam hampir semua peralatan elektronik daripada sekecil-kecil jam tangan hinggalah ke sebesar-besar mesin. Manfaat mikropengawal adalah ia perlukan hanya sekelumit kuasa untuk beroperasi dan disebabkan saiznya yang sangat kecil, ia sangat mudah dikendalikan.

Ada seorang pengguna ini mengkaji pengguna tenaga pasa Raspberry Pi Pico, dia memaklumkan dalam keadaan Sleep, Pico hanya gunakan sekitar 0.006W dalam pengoperasian maksimum, ia gunakan 0.33W sahaja. Kalau anda gunakan powerbank 10,000mAh, anda boleh kuasakannya lebih 4 hari lamanya.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: raspberry piraspberry pi pico
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Raspberry Pi Pico, mikropengawal berharga RM18 untuk para techie

Raspberry Pi Pico, mikropengawal berharga RM18 untuk para techie

23 January 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN