• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google perkemas enjin carian versi mudah alih dan ini perkara yang akan anda lihat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:47 am
  • 25/01/2021
  • Komen
Google perkemas enjin carian versi mudah alih dan ini perkara yang akan anda lihat
Share on FacebookShare on Twitter

Enjin carian Google sewaktu awal penubuhannya mempunyai objektif untuk menjadi direktori Internet yang membantu pengguna mencari laman yang diingini. Kini, direktori tersebut bertumbuh berlipat kali ganda dan mereka perlu, bukan saja mengindeks Internet malah perlu juga mempersembahkan hasil carian kepada pengguna dalam bentuk yang mudah dihadam.

Google kini dalam proses mengaktifkan rekaan baru laman carian mereka khas untuk pengguna servisnya di peranti mudah alih. Ini adalah beberapa perubahan yang diterapkan oleh mereka apabila ia diaktifkan kelak.



  • Paparan baru
  • Paparan lama

Memberi fokus yang sepatutnya, pada maklumat yang sepatutnya

Reka letak enjin carian kini dipermudah, tiada lagi bentuk ataupun warna yang tidak sepatutnya. Hasilnya, fokus boleh terus pengguna berikan pada maklumat yang mereka cari.

Rekaan teks ditambah baik untuk mudah dibaca

Antara langkah yang diambil adalah dengan menggunakan saiz teks yang lebih besar dan lebih tebal untuk perkara tertentu. Kemudian, font yang sama juga digunakan merentasi sistem operasi Android dan semua produk Google untuk tujuan ketekalan.



Penggunaan ruang paparan dioptimumkan

Google Search di telefon anda akan menggunapakai setiap piksel atas permukaan secara pintar untuk tempatkan hasil carian. Penggunaan kesan visual seperti bebayang diminimumkan supaya hasil carian mendapat perhatian yang sewajarnya.

Warna digunakan untuk cungkil maklumat penting

Bagi memaparkan hierarki maklumat mengikut kepentingan, warna tertentu akan digunakan. Kesannya kepada pengguna adalah halus tapi signifikan daripada segi penyampaian maklumat.

Kurang garis lurus, lebih garis lengkung

Falsafah daripada logo Google kini diterapkan seantera ekosistem Google. Kalau anda perasan, ia penuh dengan bentuk bulat. Bukan sahaja di Google Search, ia juga terpakai untuk semua produk lain termasuklah untuk ikon.

Tags: Googlegoogle search
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google perkemas enjin carian versi mudah alih dan ini perkara yang akan anda lihat

Google perkemas enjin carian versi mudah alih dan ini perkara yang akan anda lihat

25 January 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN