• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia terhadap kebocoran data peribadi

  • OLEH Najib
  • 10:34 am
  • 26/01/2021
  • Komen
Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia terhadap kebocoran data peribadi
Share on FacebookShare on Twitter

Anonymous Malaysia, sekumpulan aktivis penggodam atau hacktivis, muncul kembali selepas lebih dari 5 tahun dan mengumumkan akan membuat serangan siber terhadap laman sesawang dan aset dalam talian kerajaan, menerusi gerakan #OpsWakeUp21.

Menurut video yang dimuat naik di Facebook, kumpulan ini menyatakan bahawa amaran ini sebagai peringatan buat kerajaan Malaysia, yang dikatakan berdiam diri terhadap banyak kebocoran maklumat dan penjualan data peribadi rakyat Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini.



Antara yang dinyatakan ialah, sistem keselamatan yang sangat rendah memungkin kebocoran data dengan mudah. Ini menjadikan penggodam tidak beretika untuk menjual maklumat tersebut. Mereka turut merujuk kepada kebocoran data syarikat telekomunikasi pada tahun 2017, yang memberi kesan kepada 46 juta pengguna, dan serangan siber terhadap rangkaian Angkatan Tentera Malaysia bulan lepas.

Video sepanjang 2:29 minit dengan separuh pertama memainkan lagu Ain’t No Grave oleh Hidden Citizens, memperlihatkan seseorang dengan topeng muka Guy Fawkes, simbol kepada gerakan Anonymous sedunia, membaca tulisan di atas kertas. Suaranya dipercayai dijana oleh perisian teks-ke-suara menggunakan bahasa Inggeris.



Kumpulan ini menuduh, pembangun perisian kerajaan gagal untuk mendidik dan meningkatkan kemahiran mereka, dan tidak mahu mengakui dan belajar dari kesilapan lalu. Di akhir video, mereka meninggalkan pesan berbunyi: “We are legion, we do not forgive, we do not forget, expect us.” yang bermaksud, kita adalah legion, kita tidak memaafkan, kita tidak lupa, jangkakan kami.

Haktivis Anonymous sebelum ini pernah memberi amaran terhadap kerajaan Malaysia pada tahun 2015, sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Mereka juga pernah mengancam untuk membakar kereta ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada tahun yang sama tetapi ia tidak berlaku.

Mereka pertama kali diketahui ramai pada tahun 2011, apabila menyerang 91 laman sesawang kerajaan, selepas kerajaan menyekat beberapa laman sesawang dari dimasuki seperti enjin carian Torrent, The Pirate Bay.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: anonymous
Najib

Najib

POPULAR

Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia terhadap kebocoran data peribadi

Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia terhadap kebocoran data peribadi

26 January 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN