• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Grab Kitchen dilancar di Kuala Lumpur, 11 restoran pilihan dengan 1 caj penghantaran

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:40 pm
  • 26/01/2021
  • Komen
Grab Kitchen dilancar di Kuala Lumpur, 11 restoran pilihan dengan 1 caj penghantaran
Share on FacebookShare on Twitter

Grab Malaysia mengumumkan Grab Kitchen iaitu cloud kitchen pertamanya yang terletak di Hartamas. Ia merupakan sebuah pusat yang menghimpunkan pelbagai jenama restoran di sebuah ruang dapur yang lengkap untuk menyediakan pesanan pelanggan.

Ini merupakan satu usaha berterusan oleh Grab Malaysia bagi menyokong rakan-rakan perniagaan dan jenama tersendiri untuk memperluas perniagaan mereka dengan lebih berkesan.



Melalui Grab Kitchen ini, pelanggan boleh menikmati aneka juadah ‘mix and match‘ daripada pelbagai restoran, tetapi perlu membayar satu caj penghantaran sahaja. Ada 11 restoran yang disediakan, antaranya ialah:

  1. Black Whale
  2. Kenny Rogers
  3. L.F.C Malaysia
  4. Mohammad Chow
  5. My Burger Lab
  6. Saba Restaurant
  7. Sang Pisang MY
  8. Tasty Chapathi
  9. The Lunch Box
  10. Thong Kee Cafe
  11. Salad Atelier

Cara membuat pesanan

  1. Buka aplikasi Grab dab pegi ke bahagian Food
  2. Cari Grab Kitchen Hartamas
  3. Pilih juadah yang anda mahukan daripada pelbagai restoran
  4. Lakukan pesanan

Meskipun pesanan makanan anda itu adalah daripada pelbagai restoran yang berlainan, caj penghantaran yang dikenakan adalah satu sahaja. Di samping itu, anda juga boleh memilih untuk mengambil sendiri makanan di Grab Kitchen bagi mengelakkan pembayaran caj penghantaran.



SOP di Grab Kitchen

Semua peniaga dan rakan penghantar di Grab Kitchen perlu mengimbas aplikasi My Sejahtera ketika memasuki premis, mereka perlu memeriksa suhu badan, selalu memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.

Selain itu, Grab Kitchen turut menintik beratkan soal kebersihan, mereka akan melakukan pembersihan harian dan sanitasi terutamanya di kawasan awam. Perkara tersebut juga dilakukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan semua individu yang terlibat.

Selaras dengan perintah kawalan pergerakan semasa, Grab Kitchen bersedia menerima tempahan dari jam 10 pagi dengan pesanan terakhir pada jam 9.20 malam. Namun, ia tertakluk kepada perubahan perintah kawalan pergerakan.

Kini, Grab Kitchen Hartamas hanya beroperasi melakukan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja, namun Grab berharap mereka dapat memperluaskan rangkaian Grab Kitchen di seluruh Malaysia untuk membantu pelbagai jenama makanan yang lain.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Grab Kitchen, anda boleh kunjungi laman sesawang rasminya di sini.

Tags: GrabFoodGrabKitchen
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Grab Kitchen dilancar di Kuala Lumpur, 11 restoran pilihan dengan 1 caj penghantaran

Grab Kitchen dilancar di Kuala Lumpur, 11 restoran pilihan dengan 1 caj penghantaran

26 January 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN