• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelanggan Celcom Home Fibre boleh miliki TV Android 4K 60-inci dari RM100/bulan

  • OLEH Najib
  • 5:31 pm
  • 26/01/2021
  • Komen
Pelanggan Celcom Home Fibre boleh miliki TV Android 4K 60-inci dari RM100/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom kini menawarkan TV Android dengan harga sangat murah untuk pelanggan Celcom Home Fibre. Promosi ini disediakan khas untuk pelanggan pelan 100Mbps dan ke atas.

Terdapat dua model TV dari jenama Sharp yang ditawarkan, 60-inci 4K UHD (4TC60CK1X) dan 42-inci HD Penuh (2TC42BG1X). Kedua-dua TV ini memiliki Android TV dan menyokong Chromecast dan Google Assistant. Pengguna boleh menstrim video dan lagu dari YouTube, Netflix, Spotify dan pelbagai aplikasi dengan memuat turun dari Google Playstore dan ditayangkan di skrin TV yang besar.



TV 4K 60-inci berharga RM4,999 tetapi pelanggan Celcom hanya perlu membayar RM2,400 sahaja. Malah, Celcom turut meneydiakannya dalam bentuk ansuran 24-bulan iaitu RM100/bulan. Untuk TV HD penuh 42-inci, harga jualannya ialah RM1,749 tetapi khas untuk pelanggan Celcom, hanya RM1,200 atau ansuran 12-bulan iaitu RM100/bulan.

Selain itu, pembeli TV ini akan turut menerima baucar tunai Sharp bernilai RM500 untuk TV 60-inci, atau baucar tunai RM100 untuk TV 42-inci. Baucar tunai ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai produk di Stor Online Sharp.



Pelan Celcom Home Fibre

Celcom kini menawarkan pelan jalur lebar tetap Home Fibre dengan diskaun tambahan jika anda turut melanggan pelan pascabayar Celcom Mega:

  • Home Fibre 100Mbps – RM120 (Hanya RM99 dengan pascabayar Mega)
  • Home Fibre 300Mbps – RM140 (Hanya RM119 dengan pascabayar Mega)
  • Home Fibre 500Mbps – RM200 (Hanya RM179 dengan pascabayar Mega)

Pelanggan baru Celcom Home Fibre akan diikat dengan kontrak selama 24-bulan dan menerima router TP-Link AX10 yang menyokong WiFi 6. Celcom juga ada menawarkan pelan 1Gbps tetapi ia hanya terdapati di Sabah, di mana kawasan yang diliputi rangkaian fiber Celcom sendiri.

Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Celcom TV Android atau semak soalan lazim FAQ.

Tags: celcomCelcom Home Fibre
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Pelanggan Celcom Home Fibre boleh miliki TV Android 4K 60-inci dari RM100/bulan

Pelanggan Celcom Home Fibre boleh miliki TV Android 4K 60-inci dari RM100/bulan

26 January 2021
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER