• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom umum 4 lantikan pengurusan baharu

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 27/01/2021
  • Komen
LTE lebih luas dan penggunaan data meningkat, memberi hasil positif buat Celcom
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom Axiata Berhad (Celcom) kini mengumumkan beberapa lantikan anggota pengurusan kanan baharu di dalam syarikat. Ia selaras dengan strategi untuk mengukuhkan pertumbuhannya dalam menguruskan dan memperkasa perubahan syarikat telekomunikasi tersebut sebagai organisasi digital yang memberi inspirasi kepada masyarakat.

Berikut adalah senarai lantikan baharu yang diumumkan di Celcom:



  • Ketua Pegawai Korporat dan Transformasi – Datuk Kamal Khalid
  • Ketua Pegawai Operasi (Teknologi) – Afizulazha Abdullah
  • Ketua Pegawai Komersil – Allan Bonke
  • Ketua Bahagian Risiko dan Pematuhan – Pravind Menon
Datuk Kamal Khalid

Datuk Kamal Khalid akan menyertai Celcom pada 1 Februari 2021. Beliau bakal memimpin beberapa fungsi korporat termasuk perundangan, kawal selia, pembangunan masyarakat, kelestarian, tadbir urus data perusahaan, dan pengurusan program. Datuk Kamal membawa bersama beliau 25 tahun pengalaman termasuk ketika berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima sehingga 31 Mac 2020. Sebelum beliau menyertai Media Prima pada tahun 2009, Datuk Kamal merupakan Ketua Komunikasi kepada Perdana Menteri. Datuk Kamal memulakan kerjayanya di Bumiputra Merchant Bankers dan kemudian bekerja di beberapa syarikat lain dalam bidang teknologi dan pembiayaan ekuiti persendirian sebelum menyertai Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) pada Julai 1998.

Afizulazha Abdullah

Afizulazha Abdullah akan memimpin pelbagai fungsi teknologi secara keseluruhan. Afiz sebelum ini merupakan Pengarah Urusan On-Site Services (OnSite) Sdn Bhd, sebuah subsidiari kepada edotco Malaysia yang memfokuskan penyediaan perkhidmatan pengurusan rangkaian.



Allan Bonke pula sebagai Ketua Pegawai Komersil, akan mengetuai semua unit yang menjana hasil, bersama fokus dalam memperkukuh tawaran nilai dan persaingan Celcom dalam pasaran.

  • Allan Bonke
  • Pravind Menon

Pravind Menon pula dilantik sebagai Ketua Bahagian Risiko dan Pematuhan pada 4 Januari 2021. Pravind membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perundangan, etika, dan pematuhan dalam pelbagai industri di peringkat Asia Pasifik, meliputi bidang farmaseutikal, tenaga, dan barangan pengguna bergerak pantas (FMCG).

Memetik berkenaan pelantikan tersebut, Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, “Pengumuman ini mencerminkan iltizam Celcom untuk terus membawa bakat yang terbaik di pasaran tempatan dan luar negara, bagi memacu usaha ke arah menjadi sebuah syarikat digital berprestasi tinggi yang fokus dalam membangun pendapatan dan pertumbuhan bahagian pasaran yang mampan, di samping memastikan keperluan rakyat terus dekat di hati kami. Di sebalik cabaran pandemik ini, perjalanan kami dalam transformasi dan digitalisasi terus memastikan setiap aspek perrniagaan dijalankan dengan amalan terbaik dalam tadbir urus dan pematuhan, serta mempertingkat keselamatan siber dan sentiasa melindungi data pelanggan kami,” kata Idham.

Tags: celcom
Najib

Najib

POPULAR

LTE lebih luas dan penggunaan data meningkat, memberi hasil positif buat Celcom

Celcom umum 4 lantikan pengurusan baharu

27 January 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN