• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

WhatsApp tambah ciri pengesahan biometrik untuk pengguna aksesnya melalui komputer

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:36 pm
  • 29/01/2021
  • Komen
Tersilap Hantar Whatsapp? Delete Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp dilihat menambah ciri keselamatan pada aplikasinya itu untuk pengguna yang ingin mengaksesnya melalui komputer. Sebelum ini, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR sahaja, namun terbaharu pengguna perlu menambah pengesahan biometrik untuk mengaktifkan WhatsApp pada komputer.

Pengesahan biometrik

Sistem baru ini dicipta adalah untuk memastikan bahawa sekiranya individu lain mendapat akses ke telefon anda, mereka tidak akan dapat memautkan akaun WhatsApp anda ke penyemak imbas laman sesawang mereka.



Sistem baru ini akan diaktifkan pada mana-mana peranti iPhone yang menggunakan iOS 14 dengan Touch ID (imbasan jari) atau Face ID (imbasan wajah). Selain itu, ia juga akan berfungsi kepada mana-mana peranti Android yang mempunyai pengesahan biometrik.

Oleh itu, jika anda ingin membuka WhatsApp melalui komputer, anda perlu melakukan Face ID atau Touch ID pada peranti anda. Ia bergantung kepada ID apa yang anda aktifkan di telefon pintar anda itu.



Sistem baru ini dicipta bukan untuk WhatsApp mengumpul imbasan wajah atau cap jari anda. Sebaliknya, ia hanya menggunakan API data biometrik sebagai langkah pengesahan tambahan sebelum membolehkan pengguna menyambungkan akaun mereka kepada komputer.

WhatsApp mengatakan bahawa kemas kini baru ini akan dilancarkan untuk peranti yang serasi dalam beberapa minggu akan datang.

Oleh itu, WhatsApp dilihat semakin menitikberatkan soal keselamatan pada aplikasinya. Jadi, adakah anda ingin bertukar kepada aplikasi mesej yang lain atau kekal dengan WhatsApp?

[Sumber: WhatsApp]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Tersilap Hantar Whatsapp? Delete Sekarang!

WhatsApp tambah ciri pengesahan biometrik untuk pengguna aksesnya melalui komputer

29 January 2021
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER