Hampir semua pelan jalur lebar tetap di Malaysia termasuk Unifi, mengenakan kontrak selama 24-bulan semasa pendaftaran. Ia telah menjadi langkah standard oleh syarikat telekomunikasi kerana menyediakan modem, router wayarles dan pemasangan secara percuma.
Tetapi apa yang terjadi selepas kontrak 24-bulan ini tamat dan anda mahu menaik atau menurun taraf pelan anda?
Untuk Unifi (Telekom Malaysia), kontrak anda akan diperbaharui walaupun telah tampat tempoh kontrak. Ini termasuk menaik taraf pelan Unifi tanpa memerlukan router baru.
Seorang pengguna Unifi (@me_siam) memaklumkan kepada kami mengenai polisi ini apabila dia cuba untuk menaik taraf pelan Unifi 30Mbps RM79/bulan dengan kuota 60GB, kepada pelan 30Mbps tanpa had RM89/bulan.
Perkara ini turut dijelaskan di dalam FAQ bertarikh Oktober 2020. Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, kami telah bertanya TM tentang perkara ini, berkenaan pelanggan yang telah tamat kontrak 24-bulan dan mahu bertukar pelan tanpa perlu perkakas baru.
Kontrak Unifi diperbaharui untuk semua naik/turun taraf pelan
Di bawah ini adalah kenyataan rasmi TM:
Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to highlight that we do not offer any change of plans without contract. For any changes to a unifi customer’s subscription plan, their minimum subscription period will be refreshed as specified in the new package’s Terms & Conditions (T&C).
The customer’s minimum subscription period will also be refreshed following any replacement of equipment or change of plan to an ongoing promotional campaign. For a package upgrade order from 30Mbps to 100Mbps, the customer may be required to upgrade to a new CPE (depending on the compatibility of the existing CPE with the customer’s new plan). The customer will be informed of the T&C and the options available should there be any requirement to change their equipment. This is to ensure they receive the best customer experience.
We usually offer our existing unifi customers a better value proposition as compared to their existing plan for any upselling or customer retention programme. In this case, we do refresh their contract for the value of the new plan.
TM does review its T&Cs from time to time to best suit customers’ needs.
Secara ringkas, tiada pilihan untuk bertukar pelan tanpa kontrak diperbaharui. Dalam keadaan tertentu, pelanggan yang menggunakan perkakas terlalu lama perlu bertukar perkakas baharu. Ia termasuk modem dan router baharu untuk menyokong kelajuan lebih pantas.
Tapi ada masanya, pelanggan telah pun membeli router WiFi terbaharu dan apa yang mereka perlukan hanyalah kelajuan lebih pantas. Justeru itu mereka mahu menaik taraf pelan. Secara logik, apabila pelanggan tidak perlukan perkakas baharu, kenapa mereka perlu diikat kontrak baharu?
Pelanggan Unifi ini bukan menaik taraf kelajuan, tetapi hanya bertukar kepada pelan tanpa had sahaja. Tidak masuk akal apabila dia dikenakan kontrak 24-bulan hanya untuk perubahan yang sedikit ini.
Tiada kontrak baharu dengan syarikat jalur lebar tetap lain
Sama seperti pelan mudah alih, kontrak hanya dikenakan apabila pengguna menerima peranti baharu atau syarikat telekomunikasi memberi diskaun tambahan atau rebat. Jadi, apa pula polisi syarikat jalur lebar tetap yang lain?
Time
Menurut Time, pelanggan boleh menaik atau menurun taraf pelan tanpa sebarang penalti atau kontrak baharu jika tiada router percuma diberikan. Seperti gambar di atas, kontrak baharu hanya dikenakan jika pelanggan mengambil tawaran router baharu atau menurun taraf pelan dalam tempoh kontrak.
Celcom
Semakan di Celcom juga menunjukkan bahawa tiada kontrak baharu dikenakan untuk pelanggan yang menaik atau menurun taraf pelan Celcom Home Fibre selepas tamat tempoh kontrak 24-bulan. Bagaimanapun, pelanggan boleh dikenakan kontrak baharu jika menerima tawaran atau promosi lain.
Maxis
Perkara yang sama juga di Maxis, kontrak baharu hanya dikenakan jika pelanggan menerima peranti baharu. Jika pelanggan tidak memerlukan perkakas baharu, Maxis tidak mengenakan kontrak baharu.
Pelanggan tidak harus dipaksa terima kontrak diperbaharui
Dari sini, dapat dilihat TM cuba memerangkap pengguna dengan polisi kontrak diperbaharui yang tidak perlu. Selepas menamatkan kontrak, pelanggan seharusnya dibenarkan untuk menaik atau menurun taraf pelan mereka tanpa dikenakan kontrak baru 24-bulan.
Tiada siapa suka dikenakan kontrak kerana ini mengehadkan pilihan mereka untuk bertukar kepada pilihan dan tawaran yang lebih baik dari semasa ke semasa. Apatah lagi, tambahan kontrak sangat tidak sesuai untuk pelanggan yang menyewa rumah dan tempoh sewaan mereka tinggal kurang dari 24-bulan. Malah, ada pelanggan yang memerlukan perubahan pada masa tersebut dan mahu pertukaran pelan untuk waktu singkat, terutama sewaktu PKP.
Jika TM mahu mengikat pelanggan untuk 24-bulan lagi, mereka harus menawarkan sesuatu yang menguntungkan pengguna. Mereka boleh memberi router atau WiFi Mesh percuma, seperti talian mudah alih yang menawarkan telefon percuma secara kontrak untuk pelanggan setia. Selain itu, TM juga boleh memberi diskaun tambahan sebagai ganjaran kesetiaan.
Dalam masalah pengguna yang mengadu kepada kami ini, dia hanya mahu bertukar dari pelan 60GB kepada pelan tanpa had dengan tambahan RM10/bulan. TM boleh menawarkan pelan baru tanpa kontrak RM89/bulan, atau mengenakan kontrak 24-bulan dengan mengekalkan bayaran RM79/bulan.
Jika tiada nilai tambah untuk pengguna, lebih baik pengguna bertukar kepada perkhidmatan lain seperti Maxis, jika perlu mendaftar dengan kontrak baharu. Dengan RM89/bulan, Maxis menawarkan kelajuan 30Mbps untuk muat naik dan turun, serta tanpa had kuota. Sebagai perbandingan, pelan 30Mbps Unifi memiliki kelajuan muat naik hanya 10Mbps.
Apa pandangan anda? Jika anda pernah berhadapan masalah yang sama ketika bertukar pelan Unifi dan dikenakan kontrak baharu 24-bulan, kongsikan dengan kami.
[Sumber: SoyaCincau]