• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Carian Google akan lebih mudah difahami dengan ciri baru ‘About This Result’

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:32 am
  • 03/02/2021
  • Komen
Menakjubkan, Google boleh baca fikiran anda dengan ciri terbaharu
Share on FacebookShare on Twitter

Google kemaskini hasil cariannya dengan menambah ciri baharu yang dikenali sebagai “About This Result” (mengenai hasil ini). Dengan penambahan ciri baharu itu, ia boleh membantu pengguna memeriksa sumber sesebuah hasil carian sebelum membukanya.

Akan ada ikon menu yang boleh diklik pada bahagian kanan sesebuah hasil carian. Ia membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih tepat mengenai laman sesawang yang ingin dilawati dan hasil apa yang diperlukan.



Google papar beberapa maklumat carian

Ciri baharu ini membolehkan pengguna memperolehi maklumat dengan lebih lanjut mengenai hasil carian itu dari Wikipedia. Sekiranya laman web tidak mempunyai keterangan Wikipedia, Google akan menggantikannya dengan konteks tambahan yang mungkin tersedia, seperti bila pertama kali Google mengindeks laman sesawang itu.

Tambahan lagi, ia juga akan menunjukkan maklumat mengenai carian, contohnya, memberitahu sama ada hasil carian adalah iklan berbayar atau tidak dan memaklumkan jika laman sesawang itu menggunakan sambungan HTTPS yang selamat.



Dengan adanya ciri ini, pengguna boleh terhindar daripada mengakses laman sesawang yang berkongsi maklumat tidak tepat. Selain itu, maklumat tambahan ini juga boleh menjadi bukti kepada sumber yang sahih, lebih-lebih lagi jika individu sedang mencari kandungan yang penting seperti maklumat kesihatan atau kewangan.

Ciri ini sudah mula dilancarkan dalam bahasa Inggeris di A.S melalui komputer, laman sesawang mudah alih dan aplikasi Google di Android. Ia mungkin akan menemui seluruh pengguna Google kelak secara berperingkat.

[Sumber: Google]

Tags: Googlegoogle search
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Menakjubkan, Google boleh baca fikiran anda dengan ciri terbaharu

Carian Google akan lebih mudah difahami dengan ciri baru ‘About This Result’

3 February 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER