• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pasaran India terima Samsung Galaxy M02

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:36 am
  • 03/02/2021
  • Komen
Pasaran India terima Samsung Galaxy M02
Share on FacebookShare on Twitter

Di India, Samsung telah umumkan Galaxy M02. Ia miliki spesifikasi yang sama dengan Galaxy A02 yang Samsung perkenalkan dalam pasaran Thailand awal tahun 2021. Di Thailand, Galaxy A02 dijual pada harga THB2,999 (RM404). Di India pula, harganya bermula INR6,999 (RM388).

Beralih ke pasaran Malaysia, kita sekarang ada Galaxy A02s yang boleh didapati pada RM529. Melihatkan pada spesifikasi A02s yang lebih rendah daripada A02/M02, saya jangkakan harganya akan lebih rendah daripada A02s, sekiranya ia ditawarkan dalam pasaran kita.



Spesifikasi Samsung Galaxy M02

Galaxy M02 adalah sebuah telefon kelas permulaan yang ditujukan untuk pengguna yang perlukan sebuah telefon berfungsi asas. Ia ada paparan 6.5” Infinity-V beresolusi HD+. Di atas papan utama, ia diperkasa Mediatek MT6739W bersama-sama RAM 2GB ataupun 3GB.

Konfigurasi RAM-nya sedikit berbeza dengan pasaran Thailand kerana di sana, konfigurasi minimum RAM A02 adalah 3GB. Namun, mana-mana kapasiti RAM yang pengguna pilih, ia tetap hadir dengan storan 32GB dan boleh diperluas melalui slot SD khas.



Bahagian belakang ada dua kamerea, satu dikenakan sensor 13MP manakala satu lagi 2MP untuk makro. Selfie pula diambil gunakan kamera 5MP.

Galaxy M02 dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh. Setakat rencana ini ditulis, laman rasmi produk masih belum dinaikkan di Samsung India, tapi kalau spesifikasinya sama dengan Galaxy A02 Thailand, makanya anda mengecasnya menggunakan blok 5W melalaui port mikro-USB.

Telefon ini akan mula dijula di India pada 9 Februari 2021.

[Sumber: GSMArena]

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy m02
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pasaran India terima Samsung Galaxy M02

Pasaran India terima Samsung Galaxy M02

3 February 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN