• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Aplikasi Selangkah dikemaskini sebagai “Super App” dengan pengesanan kenalan rapat dan Selangkah Biz

  • OLEH Najib
  • 4:48 pm
  • 09/02/2021
  • Komen
Aplikasi Selangkah dikemaskini sebagai “Super App” dengan pengesanan kenalan rapat dan Selangkah Biz
Share on FacebookShare on Twitter

Selangkah merupakan salah satu sistem pengesanan kenalan rapat untuk memantau wabak COVID-19 yang diwujudkan tahun lepas. Hari ini, ia dinaik taraf kepada sebuah aplikasi dan dilengkapi dengan lebih banyak fungsi dari asal. Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shaari telah melancarkan aplikasi Selangkah yang baru menerusi Facebook Live.

Berbekalkan slogan #SenangBuatSemua, Selangkah merupakan langkah penyelesaian untuk merapatkan jurang digitalisasi, kunci bagi kesejahteraan rakyat dan kelangsungan ekonomi dalam norma baharu.



Sistem pengesanan kenalan rapat di Selangkah turut dinaik taraf agar ia lebih mudah digunakan. Paling utama, imbasan daftar masuk di premis menggunakan aplikasi Selangkah akan turut didaftarkan ke dalam sistem MySejahtera. Pengguna Selangkah masih boleh mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan Malaysia dengan mendaftar masuk melalui aplikasi Selangkah dan menggunakan lebih banyak fungsi yang terdapat di dalamnya.

Untuk mendaftar masuk pula, pengguna Selangkah boleh memilih untuk mengimbas kod QR yang disediakan, atau hanya memilih lokasi berdasarkan kedudukan mereka. Ia dibolehkan dengan memberi kebenaran GPS kepada aplikasi agar boleh diperiksa di mana pengguna dan memberikan tempat-tempat di sekitar yang boleh didaftar masuk.



Selain itu, pengguna juga boleh menyemak sejarah daftar masuk Selangkah di dalam aplikasi. Ia disenaraikan mengikut tarikh dan masa daftar masuk, dengan terkini terletak di atas.

Sebagai aplikasi pengesanan, Selangkah juga menyediakan papan buletin untuk memaparkan notis pengumuman terkini daripada kerajaan mengenai perkembangan semasa COVID-19. Ia menjadi tempat sehenti untuk pengguna mendapatkan maklumat terkini.

Selain pengesanan kenalan rapat, Selangkah juga menyediakan maklumat dan statistik mengenai kes COVID di dalamnya. Antaranya graf kekerapan pengunjung di sesebuah tempat, peta lokasi tempat yang terjejas akibat COVID-19, semakan kunjungan pengguna ke tempat yang terjejas dan maklumat bagi pihak berkuasa menyemak jika ada tempat yang melanggar SOP.

Kerajaan Selangor sebelum ini telah mengumumkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi penduduk. Menerusi Selangkah, pengguna boleh mendaftar untuk menyertai program vaksin Selangor. Selepas divaksin kelak, sijil digital akan tersedia di dalam aplikasi Selangkah untuk kegunaan perjalanan dalam dan luar negara.

Di samping itu, Selangkah telah membangunkan portal ujian saringan komuniti Selangor di mana pengguna boleh mendaftar untuk disaring serta mendapatkan keputusan ujian Covid-19 mereka secara atas talian.

Integrasi Perniagaan di Selangkah

Pembaharuan terbesar di Selangkah ialah integrasi perniagaan di dalamnya. Terdapat 4 perkara di dalam integrasi perniagaan ini iaitu:

  1. Selangkah ID
  2. Selangkah Biz
  3. Selangkah Wallet
  4. Selangkah Pay

Selangkah ID merupakan pengenalan digital pertama di dalam negara. Ia adalah sistem bersepadu (Single-Sign-On) yang membolehkan pengguna mengakses semua ciri Selangkah. Ia boleh mengesahkan sebarang transaksi yang memerlukan pengesahan digital dan biometrik. Tidak lama lagi, Selangkah ID turut menawarkan akses bagi perkhidmatan berkaitan kerajaan. ID Digital ini juga dibangunkan dalam usaha untuk mencapai Agenda Smart Selangor.

Selangkah Biz pula menawarkan aplikasi tanpa tunai yang direka untuk peniaga mikro, kecil dan sederhana, membolehkan mereka menerima pembayaran dari mana-mana penyedia e-dompet lain. Sebagai contoh, penjaja yang hanya mempunyai akaun bank tetapi tidak mempunyai perkhidmatan e-wallet, kini boleh menerima bayaran daripada e-dompet pelanggan mereka. Platform ini membolehkan penjaja menguruskan transaksi jualan harian dan juga menghasilkan inbois elektronik untuk keperluan penjaja kecil tersebut.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, Ketua Pegawai Eksekutif, Selangkah Ventures Sdn Bhd (pemilik ekosistem Selangkah ) menjelaskan, “Keselamatan dan kemudahan pengguna adalah keutamaan kami. Selangkah telah berevolusi menjadi sebuah “Super App” dengan semua platform dalam satu, bagi keperluan keselamatan, kesihatan dan kewangan untuk semua”.

Aplikasi Selangkah kini boleh dimuat turun di Google Playstore dan akan datang tidak lama lagi dengan fungsi penuh di Apple Appstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.selangkah.my atau emel [ertanyaan ke [email protected]

Tags: COVID-19SElangkah
Najib

Najib

POPULAR

Aplikasi Selangkah dikemaskini sebagai “Super App” dengan pengesanan kenalan rapat dan Selangkah Biz

Aplikasi Selangkah dikemaskini sebagai “Super App” dengan pengesanan kenalan rapat dan Selangkah Biz

9 February 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER