• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh digunakan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:14 pm
  • 09/02/2021
  • Komen
Apple Watch bantu kesan penyakit jantung misteri seorang rakyat Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Watch adalah sebuah jam pintar yang sangat canggih, boleh memantau pelbagai tahap kesihatan dan kecergasan pengguna. Tetapi beberapa fungsinya tidak dapat digunakan di Malaysia kerana masih belum mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkara ini dilihat akan berubah tidak lama lagi apabila dokumen kelulusan fungsi ECG di Apple Watch telah dikesan didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dokumen ini menunjukkan, Apple ECG APP dan ECG iPhone App telah tersenarai dalam peranti yang didaftarkan dan sah digunakan antara 1 Februari 2021 hingga 31 Januari 2026.



Fungsi ECG di Apple Watch terdapat di 3 model iaitu:

  • Apple Watch Siri 4
  • Apple Watch Siri 5
  • Apple Watch Siri 6

Walaupun Apple Watch SE adalah model baru, ia tidak memiliki fungsi ECG.



Buat masa ini, fungsi ECG masih belum dapat digunakan di Malaysia. Dari twitter @XavierNaxa, dia menjangkakan bahawa fungsi ECG akan diaktifkan di Malaysia sekitar bulan Mac 2021, selepas iOS 14.5 dan WatchOS 7.4 dilancarkan.

Untuk menggunakan fungsi ECG di Apple Watch, pengguna perlu melancarkan aplikasi ECG dan meletakkan tangan di dail sambil memakai jam di pergelangan tangan. Ia akan mengambil masa 30 saat dan dirakam di dalam aplikasi Health. Maklumat ini boleh dikongsi bersama doktor jika perlu.

[Sumber: Xavier Naxa]

Tags: appleapple watch
Najib

Najib

POPULAR

Apple Watch bantu kesan penyakit jantung misteri seorang rakyat Malaysia

Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh digunakan di Malaysia

9 February 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN