• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Facebook bantu pengguna temui maklumat tepat vaksin Covid-19 dengan beberapa cara

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:00 am
  • 10/02/2021
  • Komen
Kegendalaan Facebook Dedahkan Bagaimana AI Lihat Gambar Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Instagram ada kenalkan ciri baru yang boleh bawa pengguna kepada maklumat sahih Covid-19. Kini, Facebook pula melakukan alternatif yang hampir sama seperti di Instagram untuk bantu pengguna mengetahui maklumat yang betul mengenai vaksin Covid-19.

Kongsi lokasi vaksin kepada pengguna

Bermula dari minggu ini di AS, Facebook akan memaparkan pautan di Pusat Maklumat Covid-19 ke laman sesawang kementerian kesihatan tempatan untuk membantu orang memahami sama ada mereka layak mendapat vaksin dan bagaimana untuk mendapatkannya.



Seterusnya, apabila semakin banyak maklumat tersedia, Facebook akan terus mengembangkan ciri ini ke lebih banyak negara. Mereka juga akan memperbaikinya untuk memudahkan pengguna mengetahui tentang lokasi dan cara dapatkan vaksin di tempat masing-masing.

Kongsi maklumat sahih Vaksin Covid-19

Facebook bekerjasama dengan organisasi kesihatan dan pemimpin masyarakat untuk menjalankan kempen di Facebook. Hal ini untuk mempromosikan maklumat yang tepat mengenai vaksin Covid-19 dan mendorong pengguna untuk mendapatkan vaksin.



Selain itu, Facebook memberikan kredit iklan sebanyak USD120 juta untuk membantu kementerian kesihatan, NGO dan agensi PBB menemui berbilion orang di seluruh dunia dengan maklumat vaksin Covid-19 dan maklumat kesihatan.

Bukan itu sahaja, Facebook turut membantu pihak berkuasa kesihatan dan kerajaan berkongsi maklumat vaksin kepada orang ramai melalui WhatsApp dan memberikan jawapan kepada pertanyaan individu.

Pada minggu ini juga Facebook ada meletakkan peringatan di bahagian atas Facebook dan Instagram untuk pengguna memakai topeng muka. Namun kempen ‘Wear A Mask’ ini belum tersedia di Malaysia lagi buat masa sekarang.

Membanteras kesalahan maklumat vaksin

Facebook memperluas penghapusan maklumat palsu di Facebook dan Instagram mengenai vaksin Covid-19 semasa wabak melanda. Bagi menjalankan langkah tersebut, Facebook ada berunding dengan organisasi kesihatan terkemuka, termasuk WHO bagi membanteras maklumat yang tidak tepat di halaman Facebook.

Semua maklumat tidak tepat akan dipadam contohnya:

  1. Virus Covid-19 adalah buatan manusia
  2. Vaksin tidak berkesan untuk mencegah penyakit Covid-19
  3. Lebih selamat mendapat penyakit daripada mendapatkan vaksin
  4. Vaksin beracun, berbahaya atau menyebabkan autisme

Facebook juga sudah melarang maklumat tersebut didalam iklan. Malah, dasar tersebut dikuatkuasakan segera dengan fokus khusus pada page, kumpulan dan akaun yang melanggar peraturan ini.

Individu yang melakukan kesalahan sama akan dibuang daripada Facebook. Malah, Facebook juga meletakkan label amaran pada sekitar 50 juta kandungan yang berkaitan dengan Covid-19 di aplikasi itu.

Namun, tidak diketahui sama ada semua pendekatan yang di ambil oleh Facebook ini dapat di akses oleh pengguna di Malaysia atau tidak. Walaupun begitu, ianya sangat membantu untuk mengekang maklumat palsu, mengenai vaksin yang bermaharajalela di aplikasi Facebook.

[Sumber: Facebook]

Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Kegendalaan Facebook Dedahkan Bagaimana AI Lihat Gambar Anda

Facebook bantu pengguna temui maklumat tepat vaksin Covid-19 dengan beberapa cara

10 February 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN