• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Facebook dikhabar cipta jam pintar, ciri kesihatan dan sosial diketengahkan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:15 pm
  • 15/02/2021
  • Komen
Facebook dikhabar cipta jam pintar, ciri kesihatan dan sosial diketengahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat media sosial Facebook, dikhabarkan sedang mencipta jam pintar berasaskan Android. Dikatakan juga bahawa mereka sedang berusaha untuk membina sistem operasi sendiri untuk peranti dan bukannya bergantung pada telefon pintar untuk akses internet.

Selain itu, peranti keluaran Facebook ini juga akan tersedia ciri mesej yang membolehkan pemakai menghantar pesanan ringkas hanya melalui jam pintar. Akan wujud juga ciri kesihatan dan kecergasan, namun tiada gambaran mengenai bagaimana ciri ini bakal berfungsi.



Melalui jam pintar Facebook, pengguna boleh mengesan latihan workouts bersama rakan atau berkomunikasi dengan pelatih semasa sesi senaman. Selain itu, Facebook juga mempunyai perancangan untuk menghubungkan jam pintar itu dengan peranti kecergasan lain, seperti basikal pegun pintar Peleton.

Namun begitu, belum diketahui lagi bila Facebook akan berkongsi secara rasmi mengenai jam pintar ini, namun harganya dijangka hampir sama dengan kos untuk menghasilkannya. Oleh itu, Facebook akan memperoleh keuntungan dari penggunaan perkhidmatan dari pengguna.



Jika maklumat ini benar, maka Facebook akan menyertai pasaran jam pintar bersama Apple, Huawei, Fitbit dan banyak lagi jenama yang dipercayai untuk membantu pemakai dari aspek sosial, penyediaan maklumat kesihatan dan kecergasan.

Namun begitu, berikutan keuntungan adalah bergantung kepada perkhidmatan pengguna, menjadi satu persoalan di sini, adakah data pengguna jam pintar Facebook akan dijual? Jika ya, bukankah ia akan merisikokan keselamatan pengguna jam pintar itu?

[Sumber: Theverge, 9to5Google]

Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Facebook dikhabar cipta jam pintar, ciri kesihatan dan sosial diketengahkan

Facebook dikhabar cipta jam pintar, ciri kesihatan dan sosial diketengahkan

15 February 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN