• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit Health Metrics kini dibuka percuma kepada pengguna Versa 2, Inspire 2 & Charge 4

  • OLEH Najib
  • 4:30 pm
  • 15/02/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Fitbit Versa 2, Inspire 2 dan Charge 4 kini menerima akses percuma kepada papan pemuka Fitbit Health Metrics di dalam aplikasi. Papan pemuka ini telah sedia digunakan oleh pengguna Sense dan Versa 3 sejak tahun lepas.

Selain itu, pengguna Fitbit Charge 4 turut akan menerima kemaskini baru di peranti boleh pakai tersebut di mana ia akan boleh membaca SpO2 secara percuma. Maklumat SpO2 serta suhu kulit akan turut dipaparkan di papan pemuka Health Metrics.



Apa itu Health Metrics?

Health Metrics adalah peralatan baharu di dalam aplikasi Fitbit yang membantu pengguna menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Papan pemuka ini menyediakan maklumat seperti kadar kepelbagaian degupan jantung (heart rate variability), kadar pernafasan (breathing rate), tahap oksgen di dalam darah (oxygen saturation – SpO2), dan perubahan suhu kuliti.

Untuk pengguna biasa yang memiliki peranti Fitbit Sense, Versa 3, Versa 2, Inspire 2 dan Charge 4, mereka boleh melihat maklumat sehingga 7 hari. Bagi pengguna premium pula, akses diberikan sehingga 30 hari.



Bagaimana maklumat ini membantu?

Maklumat yang dipaparkan di Health Metrics sangat berguna untuk mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan diri. Walaupun begitu, ia tidak boleh digunakan sebagai bacaan kesihatan yang tepat. Pengguna masih digalakkan untuk bertemu doktor untuk mendapatkan bacaan sebenar.

Kadar pernafasan adalah salah satu cara asas untuk mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan. Jika pendek bernafas, ia menunjukkan badan berada di dalam keadaan tertekan. Kadar kepelbagaian degupan jantung boleh menunjukkan tanda-tanda badan yang tidak sihat atau masalah di jantung.

SpO2 pula boleh memberitahu had badan melakukan aktiviti kecergasan. Untuk suhu kulit, ia boleh memberitahu keadaan badan seperti demam atau selsema. Kadar degupan jantung semasa rehat (Resting heart rate – RHR) juga adalah salah satu petunjuk tahap kecergasan badan.

Dengan penambahan maklumat yang disediakan Fitbit di papan pemuka Health Metrics, pengguna boleh mendapatkan tanda-tanda awal penyakit di dalam badan sekaligus, membuat pemeriksaan awal dengan doktor. Ini boleh membantu pengguna untuk menjaga diri dan kesihatan untuk jangka masa panjang dengan lebih baik.

Selain itu, perubahan kadar pernafasan, kadar degupan jantung semasa rehat dan kadar kepelbagaian degupan jantung adalah maklumat penting untuk mengesan jangkitan COVID-19. Kajian menunjukkan, maklumat dari petunjuk ini membantu mengesan lebih awal jangkitan, sebelum tanda lebih besar kelihatan. Fitbit akan terus mengkaji algoritma untuk mengesan petanda awal penyakit agar ia boleh memberi petunjuk berguna untuk kesihatan di seluruh dunia.

Tags: FitbitFitbit Health Metrics
Najib

Najib

POPULAR

Fitbit Health Metrics kini dibuka percuma kepada pengguna Versa 2, Inspire 2 & Charge 4

15 February 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN